awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Uganda mula bawa keluar rakyatnya dari Iran
DUNIA
5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-China

Bernama
Bernama
17/09/2024
00:45 MYT
Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-China
Sultan Ibrahim bertitah bahawa hubungan dengan China membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China pada 19 hingga 22 Sept ini, mencatatkan sejarah penting dalam hubungan diplomatik Malaysia-China yang menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini.
Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan bahawa lawatan Seri Paduka Baginda tersebut merupakan lembaran baharu dalam memperkukuh persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.
Menurut kenyataan itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa hubungan dengan republik berkenaan membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.
"Saya berharap lawatan ini juga menjadi asas kepada pengukuhan persahabatan ke dekad seterusnya.
"Saya yakin terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai bersama dengan kepakaran yang ada antaranya dalam sektor ekonomi digital, pembangunan hijau dan perindustrian," titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Titah Seri Paduka Baginda itu dikongsikan dalam kenyataan Istana Negara.
Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Li Qiang, diikuti oleh pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.
Yang di-Pertuan Agong juga akan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.
Sultan Ibrahim turut dijadualkan bertemu dengan diaspora Malaysia di China serta berkenan menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Yang di-Pertuan Agong
#lawatan rasmi
#hubungan diplomatik Malaysia-China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami