awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong perkenan lantikan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Bernama
Bernama
05/11/2014
13:16 MYT
Agong perkenan lantikan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Seri Paduka Baginda (gambar) juga memperkenankan pelantikan tujuh orang Pesuruhjaya suruhanjaya itu.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Yaacob Md Sam sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Okt.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini, Seri Paduka Baginda juga memperkenankan pelantikan tujuh orang Pesuruhjaya suruhanjaya itu selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 1/8Akta 700 3/8.
Tiga orang Pesuruhjaya dilantik semula iaitu Tan Sri Dr Zulkefli A.Hassan, Datuk Seri Robert Jacob Ridu dan Vinayak Prabhakar Pradhan manakala empat lagi Pesuruhjaya baharu turut dilantik termasuk Yaacob, Leong May Chan, Dr Anis Yusal Yusoff dan Lee Sow Siong.
"Dengan pelantikan itu diharap dapat melonjakkan lagi nama, imej dan kredibiliti suruhanjaya itu dan seterusnya memberi impak dan keberhasilan yang lebih efektif ke arah melahirkan agensi penguatkuasaan yang berintegriti tinggi di negara ini.
"Diharapkan juga agar segala kerjasama yang telah diberikan oleh agensi-agensi penguatkuasaan, badan-badan bukan kerajaan dan khususnya orang ramai dapat diteruskan bagi membolehkan suruhanjaya itu melaksanakan fungsinya dengan lebih efektif dan efisien," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Yaacob Md Sam
#Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
#Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan