awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam

Bernama
Bernama
09/04/2024
14:24 MYT
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam
Seri Paduka Baginda bertitah supaya semua pihak mengambil peluang ini untuk bermaaf-maafan, terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan. - Gambar IG officialsultanibrahimandtheroyaljohor
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Menurut catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdoa mudah-mudahan segala amalan yang telah dibuat pada bulan Ramadan yang lalu akan mendapat keberkatan dan diterima oleh-Nya.
"Sesungguhnya, kedatangan bulan Syawal ini disambut dengan penuh rasa gembira dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan," titah Seri Paduka Baginda.
Dalam hantaran itu, Sultan Ibrahim turut menyeru agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, untuk meraikan bulan Syawal ini dengan amalan ziarah-menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim serta mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Seri Paduka Baginda bertitah supaya semua pihak mengambil peluang ini untuk bermaaf-maafan, terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati. Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita.
"Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga dikurniakan rahmat, keamanan dan kemakmuran yang sempurna lagi berkekalan kepada negara serta semua Bangsa Malaysia. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin," titah Seri Paduka Baginda.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kasih sayang
#bangsa malaysia
#sesama manusia
#bulan Syawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan