awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong serah watikah pelantikan Hakim Besar Malaya

Bernama
Bernama
08/08/2019
08:36 MYT
Agong serah watikah pelantikan Hakim Besar Malaya
Tan Sri Azahar Mohamed dilantik sebagai Hakim Besar Malaya. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed di Istana Negara, di sini.
Pelantikan Azahar yang berkuat kuasa hari ini dibuat selaras dengan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang bersara pada 16 Mei lepas.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang berlangsung di Singgahsana Kecil istana tersebut turut dihadiri Ketua Hakim Negara Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang berlangsung di Singgahsana Kecil istana, Istana Negara. - Foto Bernama
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang berlangsung di Singgahsana Kecil istana, Istana Negara. - Foto Bernama
Azahar, 63, merupakan bekas Hakim Kanan Mahkamah Persekutuan dan berpengalaman luas dalam bidang kehakiman.
Beliau dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan pada 2014 dan mempunyai pengalaman selama tiga tahun selaku hakim Mahkamah Rayuan sejak 2011 hingga 2014.
Pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics and Political Science itu pernah dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi sejak 2006 hingga 2011 selain Pesuruhjaya Kehakiman pada 2004.
Turut menerima Surat Cara Pelantikan selaku Hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli yang sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Rayuan.
Selain itu empat hakim Mahkamah Tinggi turut dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Lee Swee Seng, Datuk Azizah Nawawi, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan P. Ravinthran.
Tujuh pesuruhjaya kehakiman dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.
Mereka adalah Datuk Roslan Abu Bakar, Datuk Abdul Wahab Mohamed, Datuk Hassan Abdul Ghani, Chan Jit Li, Datuk Muhammad Jamil Hussin, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Datuk Khadijah Idris.
Kesemua mereka bakal mengangkat sumpah jawatan dan taat setia yang akan diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#Hakim Besar Malaya
#Ketua Hakim Negara
#Mahkamah Persekutuan
#Mahkamah Rayuan
#Tan Sri Azahar Mohamed
#Tan Sri Zaharah Ibrahim
#Tengku Maimun Tuan Mat
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan