awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir kesyukuran lawatan negara ke Arab Saudi berjalan lancar

Bernama
Bernama
06/11/2025
14:10 MYT
Agong zahir kesyukuran lawatan negara ke Arab Saudi berjalan lancar
Sultan Ibrahim zahir ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana menerima keberangkatan Seri Paduka Baginda dan memberi layanan yang cukup baik. - Facebook Sultan Ibrahim
RIYADH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kesyukuran kerana lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Arab Saudi selama empat hari bermula Isnin lepas berjalan lancar.
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana menerima keberangkatan Seri Paduka Baginda dan memberi layanan yang cukup baik.
"Saya amat menghargai perbualan mesra bersama Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud (Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi) yang penuh bermakna dan menegaskan hasrat untuk terus mengukuhkan kejayaan yang telah dicapai bersama selama ini.
"Pengetahuan, semangat dan visi Putera Mohammed dalam mentransformasikan Arab Saudi di bawah Visi 2030 cukup menginspirasikan saya," titah Seri Paduka Baginda menerusi laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Yang di-Pertuan Agong turut berharap hubungan Malaysia dan Arab Saudi akan terus kukuh dalam segala aspek.
Sultan Ibrahim berangkat ke Bahrain pada hari ini selepas mengakhiri lawatan negara selama empat hari di Arab Saudi.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh pada 2.23 petang waktu tempatan (7.23 malam waktu Malaysia).
Lawatan itu mencatat sejarah sebagai lawatan negara pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak kali terakhir dilaksanakan oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 1984.
Arab Saudi ialah rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM44.74 bilion (AS$9.79 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Lawatan Negara
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan