awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Ismail Petra

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2019
05:02 MYT
Agong zahir ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Ismail Petra
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin. - Gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan seluruh kerabat Diraja Kelantan di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada pagi Sabtu.
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Seri Paduka Baginda berdua juga berkenan berangkat ke Kelantan untuk menziarahi Almarhum dan KDYMM Sultan Muhammad V serta kerabat Diraja Kelantan.
Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah turut bertitah semua bendera di negeri Pahang dikibar separuh tiang selama tiga hari, mulai hari Ahad. BACA: Almarhum Sultan Ismail Petra dekat di hati rakyat
Topic Berkaitan
#Pahang
#Sultan Kelantan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan