KUALA LUMPUR: Ucapan tahniah dan 'Daulat Tuanku' membanjiri media sosial sempena pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.
Kata carian 'Daulat Tuanku' dan 'His Majesty Sultan Ibrahim' juga menjadi topik sohor kini di susur masa platform X.
Warga siber dari pelbagai latar belakang merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Ibrahim serta turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda dapat menjadi payung negara daripada sebarang ancaman termasuk cubaan mengganggu gugat keharmonian sekali gus memacu kejayaan lebih gemilang untuk negara.
Di Facebook, Muhammad Syafiq Hazman menzahirkan keyakinan Sultan Ibrahim dapat memikul tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara dengan lebih baik selain menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.
"Semoga Seri Paduka Baginda dapat menjadi tonggak kemakmuran negara serta tunjang pembangunan ekonomi Malaysia. Patik yakin Tuanku dapat pikul tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara dengan baik, Semoga Allah SWT merahmati Tuanku," katanya.
Muhammad Sukri Abdul Rahman pula berkongsi rasa teruja menyaksikan istiadat pertabalan tersebut yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Dia mengakui berbangga dapat menyaksikan detik bersejarah itu yang hanya berlaku lima tahun sekali.
"Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Patik teruja menonton siaran langsung upacara pertabalan," katanya.
Sementara itu, Mohdridzuan Mdisa pula mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Sultan Ibrahim dan diberikan kesihatan yang baik.
"Semoga Allah SWT turut memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku," katanya.
Sementara itu, di aplikasi X pemilik akaun @BoonHoongg menzahirkan harapan agar Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah diberikan kesihatan yang baik.
Seorang lagi pengguna X @kynaasaiful turut terpesona dengan persalinan Raja Permaisuri Agong ketika istiadat pertabalan.
"Cantikkk sangattt baju Permaisuri! Love," katanya.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara hari ini dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. - Gambar/ Bernama
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.