awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100M T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli forum Islam gesa kukuhkan perpaduan dan komunikasi dalam kalangan umat

Seth Akmal
Seth Akmal
22/01/2026
12:49 MYT
Ahli forum Islam gesa kukuhkan perpaduan dan komunikasi dalam kalangan umat
Pengerusi Majlis Tertinggi Forum Dunia bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Pemikiran Islam (WFPIST) Mohammad Eshagh Madani (tengah) ketika sidang media di ibu kota hari ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Umat Islam masih berdepan kelemahan ketara dalam aspek perpaduan serta kekuatan media massa.
Pengerusi Majlis Tertinggi Forum Dunia bagi Pendekatan Mazhab-Mazhab Pemikiran Islam (WFPIST) Mohammad Eshagh Madani, berpendapat walaupun umat dan negara Islam kaya namun masih miskin dari sudut perpaduan.
"Walaupun jumlah kita ramai, ada fasiliti yang banyak.. namun satu-satunya masalah yang ada pada hari ini ialah kita tiada perpaduan,” katanya dalam sidang media mengenai perpaduan umat Islam sedunia di Kedutaan Iran di sini hari ini.
Namun pada masa sama, Eshagh Madani yang juga tokoh terkemuka Sunni di Iran turut memuji sikap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang wajar dijadikan contoh pada umat sedunia.
Beliau turut menggesa agar perpaduan dalam kalangan umat Islam seharusnya melangkaui mazhab dan memberi keutamaan kepada isu masa kini antaranya mengenai Palestin.
“Kami datang untuk belajar daripada sistem perpaduan yang tumbuh mekar dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
“Kita harus bersatu padu agar tiada titik-titik kezaliman berlaku sama ada dalam dunia Islam atau bukan Islam,” katanya melalui penterjemah semasa sidang media tersebut.
Sementara itu Pengarah Insitusi Pendidikan Aliran Sunni Gonbad-e Tavus di Iran, Movlana Abdolbaset Nourizad berpendapat kuasa-kuasa besar melaksanakan kempen informasi secara menyeluruh, sekali gus melemahkan media massa negara-negara Islam.
Menurutnya walaupun pelbagai usaha digerakkan untuk menyebar luas pandangan Islam ke peringkat global namun masih tidak mampu menyaingi negara tersebut.
“Kuasa-kuasa besar mempunyai propaganda (industri) media yang kuat, hari demi hari semakin berkembang… propaganda di pihak kita (negara Islam) masih lemah,” katanya.
Beliau turut menggesa agar umat Islam terus berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad dalam menyebar luas kebaikan agama ini.
Turut hadir Bekas Timbalan Hal Ehwal Seminar Qom, Hojjatul Islam wal Muslimin Mohammad Hassan Zamani; Ahli Majlis Perancangan Sekolah-sekolah Aliran Sunni, Maulana Syeikh Khalil Afra dan Ketua Fatwa dan Ketua Komuniti Sunni di Wilayah Razavi Maulana Ahmed Saremi.
Topic Berkaitan
#Iran
#Islam
#perpaduan
#umat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan