MELAKA: Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka akan dinilai melalui Laporan Penilaian Prestasi Bulanan (LPNB) bagi memastikan mereka yang dilantik memainkan peranan sewajarnya.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata laporan itu bagi memperkasa perkhidmatan Ahli Majlis yang menjadi penghubung antara kerajaan dalam menyelesaikan segala permasalahan rakyat di bawah bidang kuasa PBT.
"Penilaian Ahli Majlis ini dibuat pada tahun 2024 sehingga 2025 bagi mengukur prestasi melalui indikator yang ditetapkan dan mereka juga boleh digugurkan sekiranya tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).
"Ahli Majlis yang mencapai KPI kurang daripada 50 peratus dalam tempoh tiga bulan berturut-turut atau sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan perkhidmatan, boleh dikenakan tindakan penahanan elaun bulanan dan boleh dicadang untuk ditamatkan perkhidmatan," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini semalam.
"Penilaian ini turut berdasarkan aktiviti harian seperti kehadiran mesyuarat, penganjuran programkebersihan dan aktiviti gotong-royong di kawasan PBT masing-masing," katanya.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir PBT Melaka. Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.
Mengulas lanjut Ab Rauf berkata amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis amat penting kerana mereka juga 'duta kecil' antara PBT yang diwakili oleh anggota masyarakat di kawasan masing-masing.
"Ahli Majlis juga perlu peka dan proaktif dalam melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan dan sentiasa turun padang untuk melihat serta berinteraksi dengan keadaan sebenar bagi memahami keperluan penduduk di kawasan masing-masing," katanya.
Beliau berkata pada majlis itu seramai 13 Ahli Majlis dilantik semula dan 66 orang Ahli Majlis baharu dipilih untuk mewakili kawasan masing-masing.
Datuk Bandar Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman mengetuai angkat sumpah jawatan, diikuti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Saifuddin Abdul Karim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron.
Dalam pada itu, Ab Rauf berkata jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) masih menunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Ab Rauf (tengah) menyampaikan watikah pelantikan kepada Shadan (kanan) pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir PBT Melaka 2024 di MITC, Ayer Keroh, Melaka, 8 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Ahli Majlis PBT Melaka dinilai melalui Laporan Penilaian Prestasi Bulanan - Ab Rauf
Ia bagi memperkasa perkhidmatan Ahli Majlis yang menjadi penghubung dalam menyelesaikan permasalahan rakyat di bawah bidang kuasa PBT.