awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen cadang sijil TVET diwajibkan kepada banduan, pesalah juvana

Bernama
Bernama
15/02/2023
01:00 MYT
Ahli Parlimen cadang sijil TVET diwajibkan kepada banduan, pesalah juvana
Yuneswaran juga meminta kerajaan menyelesaikan isu sekolah daif yang merencatkan mutu penyampaian pendidikan serta mengganggu motivasi pengajar dan pelajar sehingga memberi kesan kepada pencapaian akademik. - Foto Facebook R.Yuneswaran
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya pensijilan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diwajibkan kepada banduan yang menjalani tempoh pemenjaraan khususnya pesalah juvana.
R. Yuneswaran (PH-Segamat) berkata langkah itu bagi membolehkan mereka melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat tempoh hukuman.
"Pensijilan tersebut berupaya memberi motivasi kepada mereka untuk berdepan dunia yang kini memerlukan kemahiran tertentu selain meningkatkan keyakinan serta kepercayaan majikan untuk menggajikan mereka sebagai pekerja," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.
Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan menyelesaikan isu sekolah daif yang merencatkan mutu penyampaian pendidikan serta mengganggu motivasi pengajar dan pelajar sehingga memberi kesan kepada pencapaian akademik.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) pula mahu beban para guru dikurangkan supaya mereka dapat fokus kepada pengajaran.
Sementara itu, Syed Saddiq, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) membangkitkan isu mengenai peruntukan yang adil kepada semua Ahli Parlimen bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat secara berkesan.
Persidangan dewan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan
#pesalah juvana
#sijil TVET
#Sekolah daif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan