AYER KEROH: Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Shamsubahrin Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu serta menipu Exco kanan megeri Melaka berhubung penjualan kereta mewah, dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang Exco Kanan negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh membabitkan pembelian sebuah kereta mewah jenis Toyota Alphard model tahun 2019 yang bernilai RM180,000.
Tindakan itu telah mendorong mangsa yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka itu menyerahkan wang sebanyak RM95,000 bagi mendapatkan kenderaan dengan nombor pendaftaran khas iaitu VVP7.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan juga denda.
Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan menggunakan gelaran dan kehormatan sebagai ‘Datuk’ untuk tujuan keuntungan peribadi tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Menteri.
Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (mencegah penggunaan yang tidak betul) 1981 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 enakmen sama.
Tertuduh boleh dipenjara antara satu hingga lima tahun atau didenda minima RM250,000 dan maksima RM500,000 atau kedua-duanya sekali.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Speaker Dewan Negeri, DUN Melaka, di Seri Negeri di sini pada 7 Disember 2021 lalu.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran.
Tertuduh yang diwakili peguam Loh Chon Mee bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menghidap kanser kolon dan diabetes yang kronik selain sedang menjalani kemoterapi dan dialisis sebanyak empat kali seminggu.
Tertuduh juga turut mempunyai empat lagi kes yang masih berjalan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Selangor yang membabitkan jumlah jaminan mencecah RM110,000.
Selepas mendengar hujahan kedua pihak, Hakim Darmafikri pada penghakimannya kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta membenarkan syarat tambahan yang dipohon oleh pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 7 Februari ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jan 04 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Rabu. - Astro AWANI
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka
Tertuduh didakwa menipu seorang Exco Kanan Negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh membabitkan pembelian sebuah kereta mewah.
Datuk Shamsubahrin didenda RM3,000 buat kenyataan kegentaran awam berhubung Rohingya
Shamsubahrin mengekalkan pengakuan bersalahnya pada tarikh jatuh hukum hari ini.
Shamsubahrin didakwa buat hantaran jelik berhubung kes PKP
Shamsubahrin didakwa secara sedar telah memuat naik video dan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya, dengan niat untuk menganiaya orang lain melalui Facebook.
KLCC tidak pernah menghalang teksi bajet
Pihak pengurusan sistem operasi teksi di KLCC menegaskan mereka tidak pernah menghalang teksi bajet untuk mengambil penumpang.