KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memohon maaf susulan penularan video menunjukkan kenderaan dipercayai miliknya melanggar peraturan jalan raya.
“Saya memohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul. Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti, demi rakyat Malaysia,” tulis Ahmad Marzuk di akaun Facebook peribadinya pada Selasa.
BACA: Video kenderaan timbalan menteri langgar peraturan jalan raya tular di media sosial
Menurut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, sebagai manusia yang tidak sempurna, beliau mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai penambahbaikan buat beliau dan kakitangannya.
Bahkan, Ahmad Marzuk juga mengambil sepenuhnya tanggungjawab dan sedia dikenakan tindakan undang-undang.
Pada Isnin, Polis Diraja Malaysa (PDRM) mengesahkan akan menjalankan siasatan berikutan laporan sebuah kenderaan mewah dipercayai milik seorang timbalan menteri dipandu dalam keadaan berbahaya.
Kejadian tersebut turut mencetuskan kemarahan orang ramai yang memberi reaksi negatif di ruangan komen di media sosial.
Tambah Ahmad Marzuk, kes tersebut dalam siasatan pihak berkuasan dan kakitangan yang terlibat juga dipanggil memberikan keterangan.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang sewajarnya.
“Dan sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau dan saya sendiri.
“Biarlah hukuman itu di atas dunia, andai dengan sebab itu, ia melepaskan kami dari hukuman di akhirat,” tulis Ahmad Marzuk lagi.
Astro Awani
Tue Sep 28 2021
Sebagai manusia yang tidak sempurna, Ahmad Marzuk mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai penambahbaikan buat beliau dan kakitangannya. - Gambar Facebook USTAZ MARZUK SHAARY
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Tiada isu berbangkit jemaah tidak dibenar bawa pulang air zamzam - Ahmad Marzuk
Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah.
Polemik tarekat Tasawuf dan Timbalan Menteri Ahmad Marzuk: Apa yang kita tahu setakat ini...
Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan untuk diamalkan di Malaysia selepas melalui proses pemulihan beberapa tahun semenjak 2014.
Adegan panas drama 'Perempuan Itu' tidak sesuai budaya tempatan - Ahmad Marzuk
Beliau berkata pemain industri hiburan seharusnya mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Ambil vaksin COVID-19 tanggungjawab hidup bermasyarakat - Ahmad Marzuk
Suntikan vaksin ialah bagi mencapai imuniti kelompok dan mengurangkan mereka yang dijangkiti terdedah dengan risiko kematian.
Ahmad Marzuk mohon maaf kenderaan dipandu langgar peraturan
"Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau dan saya sendiri," kata Ahmad Marzuk.
Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.
Pas mahu UMNO elak kenyataan tunjuk rasa curiga - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata, Pas kekal dengan pendirian mempertahankan MN dan memperkukuhkan PN seperti yang ditegaskan kepimpinan parti sebelum ini.