awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Samsuri mula tugas sebagai MB Terengganu hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2023
01:40 MYT
Ahmad Samsuri mula tugas sebagai MB Terengganu hari ini
Ahmad Samsuri mengetip jari sebelum masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Iman pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas secara rasmi hari ini.
Beliau mengetip kad perakam waktu pada jam 9.07 pagi tadi di pejabatnya di Wisma Darul Iman pada Rabu.
Ahmad Samsuri kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah pada Selasa.
Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang pada PRN Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.
Buat pertama kali dalam sejarah politik baharu, DUN Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas PN berjaya menyapu bersih 32 kerusi pada PRN yang berlangsung pada Sabtu lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Menteri Besar Terengganu
#mulakan tugas
#wisma darul iman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan