Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar masih optimis Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan mengekalkan laluan sedia ada di Terengganu.
Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kepada pemikiran yang logik kerana sebarang perubahan laluan yang tidak melibatkan laluan sedia ada akan melibatkan kos tambahan.
"Jadi tentulah tak masuk akal sekiranya kos tambahan itu nak dibelanjakan untuk laluan baru kerana ia akan melibatkan kajian baru, pengambilalihan tanah, pembinaan stesen-stesen yang lain dan tempat-tempat kerja yang lain sedangkan ia dah ada di tempat-tempat tertentu di Terengganu.
"Pada saya tak timbul soal laluan baharu Kota Bharu, Kelantan ke Mentakab di Pahang (tanpa Terengganu)....secara logiknya begitu... jika bercakap tentang pengurangan kos.. (mengekalkan laluan di Terengganu) itu adalah caranya.
"Kalau buat perubahan di Gombak, Selangor atau Raub di Pahang, itu tidak menjejaskan banyak perkara kerana tanpa Gombak atau Raub, laluan itu akan menjadi lebih mudah sebenarnya walaupun libatkan kajian baru di kawasan baru," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Flag Off (Pelepasan) Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP) dekat Lembah Bidong di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata beliau akan mendapatkan kepastian mengenai perkara itu setelah menerima penjelasan lanjut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin ini.
"Pada Ahad, Tun Daim Zainuddin juga akan hadir ke Terengganu sempena Bicara Darul Iman di mana beliau akan menyampaikan syarahan. Kita akan cuba bertanyakan tentang ECRL kepada beliau," katanya.
Pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa projek ECRL akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Menurut kenyataan itu, kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asalnya RM65.5 bilion.
Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin pula dilaporkan berkata jajaran baharu ECRL ialah dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengaitkan PAS Terengganu menerima RM3.5 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahmad Samsuri berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
"Biar SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buat siasatan, kalau ada kes salah laku dari segi undang-undang, biar tindakan diambil mengikut bidang kuasa SPRM. Kita alu-alukan mereka bertindak kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang.
"Kalau ada sebarang masalah, tentulah ada siasatan dan kita sangat terbuka dalam perkara ini," katanya.
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan laporan berita yang memetik sumber SPRM mengenai pemberian RM3.5 juta kepada PAS Terengganu, iaitu sebahagian daripada RM90 juta yang didakwa diterima PAS.
Ahmad Samsuri turut menafikan bahawa beliau adalah antara pemimpin PAS Terengganu yang dikaitkan turut menerima wang itu.
"Saya menafikan dakwaan itu. Saya ada beberapa akaun bank dan boleh tunjuk penyata akaun bank untuk siasatan SPRM pada bila-bila masa," katanya yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas sama sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019
Ahmad Samsuri berkata beliau akan mendapatkan kepastian mengenai perkara itu setelah menerima penjelasan lanjut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin ini. - Gambar fail
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.