Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berpendapat Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah calon yang paling layak mengisi jawatan presiden parti itu.
Beliau berkata kesediaan dan keterbukaan Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas-tugas Presiden, semasa kemerosotan UMNO jelas menunjukkan beliau pemimpin berjiwa besar dan sanggup memikul tanggungjawab berat itu.
"Anggota UMNO sepatutnya melihat kepada kesedaran pemimpin yang sanggup memikul tanggungjawab yang amat berat ini, wajib mereka memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Latiff berpendapat UMNO memerlukan pemimpin yang boleh memulihkan semangat juang parti dan melakukan rombakan revolusi secara besar-besaran untuk memastikan parti itu sentiasa bersama rakyat.
"Ciri-ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang Presiden UMNO ialah berjiwa besar, taat setia, bijaksana, berhemah, dekat di hati ahli parti dan disenangi rakyat jelata. Inilah yang ada dalam diri Ahmad Zahid," katanya.
Abdul Latiff berkata sikap berpuak-puak perlu ditolak dalam pemilihan kali ini dengan anggota parti perlu sedar tentang pentingnya parti mempunyai nakhoda yang bijak.
"Saya menyokong sepenuhnya Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO yang sudah tentu mempunyai perancangan dan hala tuju untuk merapatkan saf peringkat pertama ini," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Latiff yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata UMNO Johor tidak membuat keputusan untuk menyokong mana-mana jawatan pelbagai peringkat termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 11 2018
Ciri-ciri utama seorang Presiden UMNO seperti berjiwa besar, taat setia, bijaksana, berhemah, dekat di hati ahli parti dan disenangi rakyat jelata ada dalam diri Ahmad Zahid. - Gambar fail
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Tragedi banjir Disember boleh berulang jika hujan berterusan
Abdul Latiff berkata, Selangor menerima purata taburan hujan pada tahun lalu sebanyak 2,700 milimeter (mm).
Kurang peruntukan punca jalan di Mersing gagal diselenggara - Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, pihaknya telah membawakan perkara itu ke peringkat kerajaan pusat, bagaimanapun dana untuk baik pulih kawasan itu masih tidak mencukupi.
PRU15: Abdul Latiff sedia beri laluan kepada muka baharu di Mersing
Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad bersedia memberi peluang kepada calon muka baharu mewakili Bersatu untuk bertanding di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU15) nanti.
Isu LCS: Pemimpin PKR buat laporan SPRM
Akmal memaklumkan laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam projek tersebut.
Rafizi selesai beri keterangan, telefon bimbit dirampas untuk bantu siasatan
Telefon bimbitnya dirampas pihak polis bagi membantu siasatan dan menurutnya, ia merupakan telefon bimbitnya yang kelima dirampas polis sejak tahun 2009.
Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.
Skandal LCS: Rafizi akan dipanggil berhubung hantaran kaitkan Abdul Latiff - Polis
Polis akan memangggil Rafizi Ramli untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial miliknya yang didakwa berbaur fitnah dan jelik terhadap Dr Abdul Latiff Ahmad.
Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.
Isu LCS: Rafizi perlu buktikan Zainab isteri saya - Abd Latiff
Abdul Latif menjelaskan, apa juga perbuatan individu bernama Zainah tidak mempunyai kaitan dengannya.
PRN Johor: Nama naik untuk calon MB bagi Perikatan Nasional? Ini jawapan Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, beliau akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja calon-calon Bersatu dan Perikatan Nasional.