Ahmad Zahid sifatkan BUDI95 sebagai tindakan berprinsip

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rakyat Malaysia layak menggunakan petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan di bawah inisiatif BUDI95. - Foto FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyasaran subsidi petrol RON95 melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyokong inisiatif BUDI95, yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sebagai langkah berprinsip dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.
- Melalui BUDI95, harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia diturunkan kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025, manakala bukan warganegara dan syarikat besar akan membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.
- Langkah ini menekankan penyasaran subsidi agar hanya rakyat Malaysia menikmati manfaat, selaras dengan usaha kerajaan membina ekonomi yang lebih adil dan mampan.
"Insya-Allah, kita akan terus mendukung usaha Kerajaan demi Malaysia yang lebih adil, mampan dan inklusif," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Melalui inisiatif BUDI95, harga RON95 untuk rakyat Malaysia dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 Sept 2025.
Selain itu, hanya rakyat Malaysia akan menikmati subsidi ini manakala bukan warganegara dan syarikat besar akan membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


