awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah, tekad jayakan Malaysia MADANI
Malaysia catat inflasi keseluruhan 1.4 peratus, teras 2.2 peratus pada November - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aibkan pegawai polis, rayuan Tian Chua terhadap sabitan ditolak

Bernama
Bernama
02/03/2018
03:44 MYT
Aibkan pegawai polis, rayuan Tian Chua terhadap sabitan ditolak
Pada 9 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Tian Chua (gambar) selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua terhadap sabitan yang diputuskan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, kerana menyebut kata-kata mengaibkan kepada seorang pegawai polis, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Karim Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati sabitan itu yang diputuskan Hakim Yasmin Abdul Razak pada 9 Mac tahun lepas adalah selamat.
Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan silang pihak pendakwaan untuk menaikkan hukuman denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, sebaliknya mengurangkan jumlah denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
Pada 9 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Tian Chua selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis Petaling Jaya, DSP Glenn A. Sinappah bagi mengaibkan kehormatannya.
Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada, Petaling Jaya, pada 7.45 malam 14 April 2014 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Anggota Parlimen Batu itu diwakili peguam N.Surendran dan Eric Paulsen sementara Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Mohd Nor hadir bagi pihak responden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kata kesat
#mahkamah
#PKR
#polis
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan