awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Terengganu benarkan pelaksanaan korban, akikah

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2022
22:30 MYT
Aidiladha: Terengganu benarkan pelaksanaan korban, akikah
Umat Islam di Terengganu dibenarkan melakukan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini di pekarangan rumah, masjid atau surau. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Umat Islam di Terengganu dibenarkan melakukan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini di pekarangan rumah, masjid atau surau.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ibadah itu juga boleh dilakukan di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), rumah sembelihan swasta yang berlesen atau kawasan lapang.
"Jumlah haiwan korban dan akikah serta jumlah petugas juga tidak dihadkan pada tahun ini.
"Namun begitu, mana-mana masjid, surau atau premis yang ditutup di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak dibenarkan mengadakan apa-apa aktiviti sepanjang tempoh itu.
"Sehubungan itu, kita minta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Shaikh Harun berkata, solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan di masjid atau surau mengikut SOP yang dikeluarkan Maidam pada 20 Mac lalu.
Jelas beliau, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengeluarkan garis panduan dan SOP pelaksanaan korban dan akikah yang lengkap untuk rujukan semua pihak yang bakal melaksanakan ibadah tersebut.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Ibadah Korban
#Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
#Umat Islam di Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan