awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
27/03/2025
01:15 MYT
Aidilfitri: Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata, Jabatan Kecemasan dan Trauma beroperasi sepenuhnya dan KKM turut melaksanakan penggiliran cuti buat petugas perubatan, bagi memastikan sebarang kemungkinan dapat ditangani dengan baik. - Gambar fail Bernama
SERDANG: Tahap kesiapsiagaan hospital di seluruh negara khususnya Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) berada pada tahap tertinggi, bagi memastikan keperluan perubatan dapat ditampung sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ETD beroperasi sepenuhnya dan KKM turut melaksanakan penggiliran cuti buat petugas perubatan, bagi memastikan sebarang kemungkinan dapat ditangani dengan baik.
"Saya mahu pastikan kesiapsiagaan hospital untuk kita berdepan dengan pasca-Aidilfitri dan juga semasa Aidilfitri (berada di tahap tinggi)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di ETD Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, di sini hari ini.
Beliau turut berpuas hati dengan pengurusan SMART Bed Monitor System (SBMSys) HSIS yang semakin cekap, untuk memastikan pesakit daripada ETD tidak menunggu terlalu lama bagi kemasukan ke wad untuk pemantauan atau rawatan seterusnya.
Mengenai kesesakan di hospital, Dr Dzulkelfy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berusaha menangani perkara tersebut, termasuk usaha menambah bilangan kakitangan perubatan di hospital.
"Hospital utama kita agak sesak tetapi itu menunjukkan juga bahawa kita sentiasa berdepan dengan cabaran ini (dan berusaha tanganinya).
"Saya juga ingatkan semasa raya nanti, jangan tunggu lama jika sakit sebaliknya jika ada simptom datang segera ke hospital," katanya.
Terdahulu, Dr Dzulkelfy menyantuni kakitangan dan pesakit di HSIS Serdang dan turut menyampaikan pek makanan untuk bersahur kepada para petugas.
Mengenai sistem pemilihan penempatan pegawai perubatan iaitu ePlacement, Dr Dzulkelfy berkata KKM akan melaksanakan kaedah penyelesaian terbaik untuk semua petugas perubatan.
"Kita akan lakukan yang terbaik untuk benar-benar beri keadilan, empati dan kebajikan yang perlu kita jaga.
"Kesemua itu dalam sederap tindakan kami nanti, kita ambil pertimbangan semua faktor kami harap akan beri keadilan kepada semua," katanya.
Selasa lepas, Dr Dzulkefly berkata, sistem pemilihan penempatan pegawai perubatan atau ePlacement yang baharu dijangka dibuka semula antara Mei dan Jun ini.
Sebelum ini, Gabungan Pegawai Perubatan Malaysia menggesa KKM mengekalkan kembali keputusan pemilihan ePlacement pada 27 Feb yang dibatalkan, serta penangguhan urusan penempatan lantikan tetap yang melibatkan 2,245 calon pegawai perubatan baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#Dzulkefly Ahmad
#tahap kesiapsiagaan hospital
#Jabatan Kecemasan dan Trauma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan