KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seninya apabila bakal membuat kemunculan sulung bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Mei ini.
Meluahkan rasa terharu, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, menyifatkan ia sebagai peluang keemasan yang diimpikan oleh setiap penyanyi dan berjanji akan memberikan sebuah persembahan terbaik buat peminatnya.
"Saya memang mengimpikan pentas MPO dan merupakan peminat besar MPO, jadi saya rasa gemuruh tapi pada masa sama teruja untuk menampilkan muzik dan nyanyian dalam dimensi berbeza.
"(Persembahan) ini ialah konsert simfoni orkestra saya yang pertama, jadi tentunya saya akan berusaha keras apatah lagi kita ada konsert dua hari yang lebih memberi tekanan tapi ia merupakan cabaran yang baik," kata pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu ketika ditemui Bernama.
Dalam konsert dua hari bermula 10 Mei itu, pemenang Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 38 itu bakal mendendangkan 16 lagu yang kebanyakannya dipetik daripada album sulungnya berjudul Imaji.
Antara lagu dan karya sentuhan Aina yang telah mengangkat dan menempa nama beliau dalam industri muzik tanah air ialah Sepi, Sumpah, Semalam dan Terus Hidup.
Menurut Aina yang juga seorang komposer, semua lagu yang dibawakan akan diberi nafas baharu dan diinterpretasikan dalam gubahan simfoni dengan iringan lebih 80 pemuzik di bawah pimpinan konduktor MPO Ahmad Muriz Che Rose.
"Saya harap penonton dapat merasakan gahnya muzik simfoni terutamanya kelainan dari segi susunan muzik, yang 'warnanya' akan berbeza kerana muziknya lebih 'besar' serta lebih menyentuh hati kerana semuanya akan dimainkan secara langsung.
"Insya-Allah gabungan muzik, pemuzik dan penampilan saya sendiri akan memberi kelainan yang bersesuaian dengan pentas DFP," katanya sambil mengakui perlu menjalani beberapa latihan melibatkan susunan muzik baharu.
Tiket persembahan dengan harga RM255 hingga RM650 boleh dibeli menerusi tempahan dalam laman sesawang DFP www.dfp.com.my, e-mel ke [email protected] atau telefon melalui talian 03-23317007.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Antara lagu dan karya sentuhan Aina yang telah mengangkat dan menempa nama beliau dalam industri muzik tanah air ialah Sepi, Sumpah, Semalam dan Terus Hidup. - Gambar IG Aina Abdul
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Kugiran Masdo bikin konsert percuma 25 Mei ini, eksklusif untuk ahli kad GRC
Antara acara yang menantikan oleh pengunjung adalah pameran kereta ubah suai, pengalaman glamping dan banyak lagi.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Aina Abdul meraih impian dengan konsert sulung di pentas DFP
Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seninya apabila bakal membuat kemunculan sulung bersama MPO di DFP pada Mei ini.
Konsert Ungu di Kuantan dianjak ke 4 Mei, Ella tampil sebagai artis undangan utama
Pesta Muzik Kuantan yang kini bertukar nama menjadi Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024, akan dilangsungkan pada tarikh 4 Mei 2024.
Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati
Perdana Menteri berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.
Tiada siapa dapat pecah belah rakyat Rusia selepas serangan keganasan di Moscow - Putin
Putin mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan dan sedia bergabung dalam memerangi keganasan.