Air bawah tanah mempunyai kualiti yang amat terjamin dan dapat digunakan dengan selamat, menurut Pakar Hidraulik dan Hidrologi, Datuk Ir Dr Azuhan Mohamed.
Beliau mengulas mengenai langkah kerajaan yang akan mengkaji pengunaan air bawah tanah sebagai sumber baharu air.
“Air bawah tanah mempunyai kualiti yang amat terjamin, tidak memiliki kelodak dan kualitinya amat tinggi. Berkaitan kos yang dibuat oleh pihak industri, ia agak kecil.
“Sekiranya kita lihat industri Selangor dan khususnya di Shah Alam dan Petaling Jaya, mereka menggunakan air tanah sebagai sumber tersedia,“ katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan merupakan satu langkah yang tepat.
"Hal ini khususnya bagi meningkatkan bekalan air awam ketika berlaku gangguan bekalan air seperti kemarau," katanya.
“Usaha yang dilakukan oleh kerajaan amatlah patut. Hal ini khususnya bagi meningkatkan bekalan air awam ketika berlaku gangguan bekalan air seperti kemarau,” katanya.
Walapun terdapat cara pembenihan awan digunakan untuk mendapatkan bekalan air ketika berlakunya kemarau, namun penggunaan sumber bekalan air bawah tanah merupakan cara terbaik kerana air bawah tanah merupakan sumber terbesar di dunia.
Terdahulu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata satu kajian akan dilakukan secara menyeluruh bagi mengenal pasti kawasan sumber air bawah tanah yang dapat digunakan.
Beliau berkata demikian ketika Wacana Sinar Harian ke-80 bertajuk 'Konservasi Air: Di Manakah Malaysia?'.
Firdaus Alauddin
Wed Dec 19 2018
Air bawah tanah mempunyai kualiti yang amat terjamin, tidak memiliki kelodak dan kualitinya amat tinggi. - Foto REUTERS
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji
Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.
Tuan Ibrahim nafi Kelantan bakal tenggelam, tiada kesan mendapan seperti Jakarta
Kelantan hanya menggunakan tiga peratus daripada air bawah tanah dan ia tidak akan memberi kesan kepada aspek geologi seperti yang didakwa.
Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.
Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.
Tiada petunjuk operasi Lynas sebabkan peningkatan konsentrasi logam berat
Lynas dengan kerjasama makmal-makmal yang bertauliah kini menjalankan siasatan bebas untuk menolak sebarang dakwaan pencemaran.
Air bawah tanah selamat digunakan - Pakar
Air bawah tanah mempunyai kualiti yang amat terjamin dan dapat digunakan dengan selamat, menurut Pakar Hidraulik dan Hidrologi, Datuk Ir Dr Azuhan Mohammed.