awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air laut di Selangor diramal di paras tinggi

Bernama
Bernama
04/10/2017
15:17 MYT
Air laut di Selangor diramal di paras tinggi
Sebanyak 23 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan di daerah-daerah berisiko banjir.
Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5 meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan (9 Okt) , menurut Unit Pengurusan Bencana Selangor.
Unit berkenaan dalam kenyataan di sini hari ini berkata kerajaan negeri mengarahkan daerah-daerah berisiko antaranya Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir.
"Sebanyak 23 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan di daerah-daerah berisiko banjir.
"Kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah persediaan antaranya mendaftar dan berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang disediakan," kata unit berkenaan.
Kenyataan itu juga menyebut, semua pusat pemindahan akan mula dibuka pada Khamis, 2 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air laut
#air pasang
#banjir
#bencana
#pengurusan bencana
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan