awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor: 6 kawasan di Shah Alam, Klang alami gangguan air malam ini

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2020
14:33 MYT
Air Selangor: 6 kawasan di Shah Alam, Klang alami gangguan air malam ini
Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
KUALA LUMPUR:Enam kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24, dan 25, akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, ekoran kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24 Shah Alam, hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan air akan ditutup pada 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut, dan dijangka siap pada 8 pagi esok.
“Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari 14 Disember. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat mengikut jarak premis dan tekanan air, apabila bekalan air mula disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya.
Elina berkata, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi Air Selangor di laman sesawang kami di www.airselangor.com.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#paip pecah
#gangguan air tidak berjadual
#Klang
#shah alam
#seksyen 24
#Elina Baseri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan