KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatannya untuk kesejahteraan pengguna.
Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan melangkah ke tahun 2024, pelbagai inisiatif pelaburan agensi itu akan terus dipergiat susulan pelarasan tarif air baharu yang telah berkuat kuasa pada 1 Feb lepas.
"Pelarasan tarif air ini dapat memanfaatkan pengguna menerusi pelbagai inisiatif antaranya meningkatkan program penggantian paip daripada 150 kilometer (km) setahun kepada 300km setahun bermula 2024 dan diikuti dengan 400km setahun bermula 2034.
"Ini membolehkan 5,000km paip usang dapat diganti dalam tempoh 15 tahun (2040)," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Air Selangor memaklumkan inisiatif untuk meningkatkan margin rizab air kepada 20 peratus pada 2030 dilakukan menerusi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu antaranya melibatkan LRA Rasau Peringkat 1 yang dijangka siap 2025, manakala LRA Penyahgaraman Pulau Ketam dijangka siap pada 2026.
"Bagi inisiatif pemulihan dan peningkatan aset pula, kerja-kerja pemulihan, peningkatan dan menaik taraf aset Air Selangor akan dipertingkatkan seperti pembinaan kolam air, rumah pam dan pemasangan paip baharu di kawasan yang mengalami tekanan air rendah.
"Selain itu, mengekalkan tahap kualiti air pada tahap 99 peratus mengikut piawaian Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kerja-kerja pencucian 321 kolam air dan 11,833 km paip, serta penambahan pemasangan alat penganalisis dalam talian untuk memantau kualiti air daripada 190 buah kepada 300 buah dalam tempoh tiga tahun akan datang," menurut kenyataan itu.
Air Selangor dalam kenyataan sama turut memaklumkan seramai 285,673 penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) akan terus menerima air percuma untuk 20 meter padu pertama.
"Dengan semua inisiatif yang dirancang ini, Air Selangor akan memacu kemajuan yang telah dibina dan terus komited terhadap usaha tersebut dengan mengaplikasikan piawaian kecemerlangan tertinggi pada setiap aspek daripada mengabstrak air hingga kepada pengagihan air terawat yang bersih dan selamat kepada rumah serta perniagaan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan dalam usaha merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia, Air Selangor akan meneruskan komitmen jitu terhadap usaha kelestarian bagi menyediakan bekalan air terawat, bersih dan mampan kepada 9.3 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Air Selangor juga telah meraih pelbagai pencapaian membanggakan selari dengan janji jenama 'Joy in Every Drop' dan antara pencapaian pada tahun lepas ialah menggantikan 1,008.56km paip di bawah program penggantian paip yang dimulakan sejak 2016.
"Mematuhi Piawaian Kualiti Air Minuman KKM iaitu 99.92 peratus dan merekodkan pematuhan melebihi 99 peratus secara konsisten untuk tiga tahun berturut-turut selain melancarkan fasiliti Hydrolytics MetLab untuk merekodkan penggunaan air yang tepat dan mengurangkan kemerosotan rekod penggunaan air pada setiap masa kepada pengguna," menurut kenyataan itu.
Menerusi insiatif tanggungjawab sosial korporat Sesama Mara pula hampir 2,000 keluarga, individu dan rumah kebajikan telah dibantu.
Untuk maklumat lanjut tentang air dan Air Selangor, orang ramai boleh layari Hydro Hub, platform kandungan sehenti Air Selangor di hydrohub.airselangor.com.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Air Selangor dalam kenyataan sama turut memaklumkan seramai 285,673 penerima SADE akan terus menerima air percuma untuk 20 meter padu pertama. - Gambar fail/Asro AWANI
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Air Selangor tekad tingkat mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pengguna
Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatannya untuk kesejahteraan pengguna.
Pencemaran bau: Empat wilayah di Selangor alami gangguan air tidak berjadual
Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual.
Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.
Bekalan air ke kawasan terjejas pulih 37.3 peratus - Air Selangor
Kawasan-kawasan yang masih terlibat adalah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Okt ini - Air Selangor
Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor mulai hari ini
Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.