IPOH: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan tindakan sekatan akaun bank kepada suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah.
Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perbincangan bersama Bank Negara dan institusi bank di negara ini telah dibuat sebelum ini bagi merealisasikan perkara tersebut.
Menurut Mohd Na'im, ketika ini pihaknya sedang mempersiapkan pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BKS) dengan kemahiran yang betul supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat penguatkuasaan dan pelaksanaan berkaitan sekatan akaun tersebut.
"Pemerkasaan kemahiran perlu ada dalam kalangan pegawai ini agar usaha menyekat akaun suami yang culas akan dilaksanakan secara adil dan saksama.
"Kita akan pastikan pegawai di BKS yang bertanggungjawab menguatkuasa dan melaksanakan perintah nafkah ini untuk mendapatkan latihan yang secukupnya," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak di sini pada Selasa.
Perasmian kolokium tersebut disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mewakili Menteri Besar Perak.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata, langkah sekatan akaun itu dilaksanakan bagi memastikan isteri, bekas isteri serta anak tidak dizalimi oleh suami atau bapa yang culas ini.
Menurutnya, pelaksanaan tindakan itu merupakan salah satu prosiding hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman di bawah Akta atau Enakmen Tatacara Mal sedia ada.
"Dalam konteks ini, kita bukan sahaja membantu isteri mendapatkan nafkah, malah membantu suami yang culas untuk melaksanakan tanggungjawabnya supaya ia tidak berterusan melakukan kezaliman dengan tidak membayar nafkah.
"Sebelum ini, kita banyak menggunakan tatacara yang lain contohnya sita jual ataupun kita ada satu tatacara disebut saman penghutang kehakiman dan kita juga ada cara untuk tahan pendapatan termasuklah perintah komital suami yang culas kerana jelas ingkar perintah mahkamah, ada setengah dihantar ke penjara.
"Ini adalah cara-cara bagaimana perintah mahkamah itu dikuatkuasakan termasuk yang akan dilaksana iaitu sekatan akaun," katanya.
Menurut Mohd Na'im, sejak tahun 2016 sebanyak 147 kes suami atau bekas suami culas membayar nafkah walaupun sudah mendapat perintah mahkamah.
Pada Isnin, JKSM dalam satu kenyataan memaklumkan suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah kini berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan digazetkan pada 10 Februari lalu.
Pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman kepada pihak ketiga iaitu institusi kewangan kepada Pemiutang Penghakiman.
Selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
Berikutan pindaan itu, perintah hiwalah dikeluarkan mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuatkuasa.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 24 2021
Mohd Na'im (kiri) menerima penghargaan selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak, di Ipoh, 23 Nov 2021. - Foto Sinar Harian
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Mohd Amran dilantik Ketua Pengarah JKSM
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Mohd Amran Mat Zain dilantik Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM berkuat kuasa hari ini.
Akaun bank suami, bekas suami culas bayar nafkah bakal disekat - JKSM
Perbincangan bersama Bank Negara dan institusi bank di negara ini telah dibuat sebelum ini bagi merealisasikan perkara tersebut.
Isu murtad: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tiada kuasa bicara kes wanita Indonesia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan dakwaan murtad membabitkan seorang wanita Islam bukan warga Malaysia yang tular baru-baru ini.
Ketua Hakim Syarie negatif COVID-19
Mohd Na'im menjalani ujian berkenaan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif virus tersebut, Isnin lepas.
Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini
Pihaknya juga dalam perancangan untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Semua Mahkamah Syariah beroperasi sepenuhnya mulai semalam
Sebelum ini, semua mahkamah syariah di seluruh negara ditangguh dan dilaksanakan secara dalam talian berikutan pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Perkahwinan bawah umur bukan 'menghalalkan' kes rogol
Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk membenarkan perkahwinan di bawah umur setelah siasatan rapi dijalankan.
MH370: Isteri mangsa boleh dapat nafkah daripada harta peninggalan
Isteri mangsa pesawat MH370 yang beragama Islam boleh mendapatkan nafkah daripada harta mangsa untuk menyara kehidupan.
Kes Zarena akan dirujuk kepada JKSM - Zahid Hamidi
Zahid Hamidi turut berkata JPN akan membuat pertimbangan untuk menukar agamanya berdasarkan keputusan JKSM dan peguam negara.