awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun TikTok Fahmi Reza disekat

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
16/12/2024
07:47 MYT
Akaun TikTok Fahmi Reza disekat
Akaun TikTok Fahmi disekat semasa melakukan sesi penstriman secara langsung di Universiti Malaya, malam tadi.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Akaun TikTok milik aktivis, Fahmi Reza disekat semasa melakukan sesi penstriman secara langsung di Universiti Malaya, malam tadi.
Menerusi platform X, Fahmi mendakwa akaun TikTok miliknya itu disekat secara kekal ketika beliau sedang membuat sesi syarahan Student Power secara penstriman langsung di Universiti Malaya.
“Akaun TikTok aku kena permanently banned semasa aku buat livestream sesi Student Power lecture di kampus UM tadi.
“Mula-mula TikTok sekat sesi live aku, kemudian mereka banned terus akaun aku,” catatnya di X.
Akaun TikTok @kuasasiswa dengan 213,600 pengikut itu, yang mana sebahagian besar kandungannya adalah berkaitan satira politik dan jumlah suka mencecah sehingga 1.9 juta sudah tidak ada lagi dalam carian.
Fahmi Reza sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi sehingga dipanggil pihak polis kerana membuat hantaran jelik, menghina permaisuri Agong dan menghasilkan karikatur berkaitan kerajaan dan politik di media sosial.
Topic Berkaitan
#Fahmi Reza
#TikTok
#universiti malaya
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan