awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS gagalkan taktik penyamaran di KLIA T2, tolak kemasukan 13 warga asing

Bernama
Bernama
30/07/2025
13:18 MYT
AKPS gagalkan taktik penyamaran di KLIA T2, tolak kemasukan 13 warga asing
AKPS memaklumkan, mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga India serta empat lelaki warga Pakistan. - Foto: AKPS
PUTRAJAYA: Cubaan 13 warga asing menyamar sebagai penumpang baharu untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Terminal 2 (T2) berjaya dipatahkan Unit Pemantau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), semalam.
Dalam kenyataan hari ini, AKPS memaklumkan mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga India serta empat lelaki warga Pakistan yang dikesan cuba menyusup semula ke barisan pemeriksaan selepas diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut di pejabat operasi JIM.
"Mereka adalah daripada 270 warga asing yang diperiksa. Mereka dipercayai menukar pakaian di kawasan transit dan menyamar sebagai penumpang yang baru tiba bagi mengaburi pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
AKPS memaklumkan taktik itu terbongkar hasil pemantauan rapi dan kecekapan pasukan AKPS yang bertindak pantas mengesan pergerakan mencurigakan sebelum warg asing berkenaan sempat melepasi kawalan JIM.
"Sebagai tindakan pencegahan, AKPS akan memperketat pemantauan di kawasan transit melalui rondaan lebih kerap, pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) serta prosedur saringan lebih ketat bagi mengekang cubaan penyamaran," menurut kenyataan itu.
AKPS turut menyeru semua pihak di KLIA agar terus berwaspada dan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan demi menjamin keselamatan dan integriti pintu masuk negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#KLIA
#penyamaran
#AKPS
#pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan