MELAKA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh mendesak pihak penganjur acara Star Vendors Foodstival Melaka 2023 membuat permohonan maaf susulan kontroversi aksi gelek mengghairahkan yang berlaku ketika penganjuran festival itu di Melaka, baru-baru ini.
Beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata, penganjur festival itu juga perlu diharamkan daripada menganjurkan sebarang acara di negeri ini.
Katanya, ia kerana tindakan yang melampau berkenaan jelas tidak menjaga sensitiviti masyarakat negeri Melaka.
“Pihak penganjur Star Vendors di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) perlu bertanggungjawab dan aktiviti murahan seperti ini tidak diperlukan dan perlu ditentang.
“Kami mendesak agar permohonan maaf dari pihak penganjur dan penganjur perlu di haramkan untuk mengadakan sebarang anjuran acara di dalam negeri Melaka,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.
Terdahulu tular di laman sosial memaparkan seorang pempengaruh bersama dua individu lain menyampaikan lagu dangdut dan memperagakan aksi gelek.
Aksi mengghairahkan itu dikatakan berlaku ketika acara Starvendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu di MITC.
Shuhada Abdul Kadir
Mon May 29 2023
Muhamad Akmal berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana ia jelas tidak menjaga sensitiviti masyarakat negeri Melaka. - Foto tular insan pembaca
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Isu video gelek, Ifa Raziah mohon maaf kepada Kerajaan Negeri Melaka
Susulan tersebarnya video yang disifatkan tidak sopan di acara Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini, CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Aksi gelek: 'Penganjur Star Vendors perlu mohon maaf' - Akmal Saleh
Pemuda UMNO mendesak pihak penganjur Star Vendors membuat permohonan maaf susulan kontroversi aksi gelek mengghairahkan yang berlaku ketika penganjuran festival itu di Melaka, baru-baru ini.