awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Rahsia Rasmi terpakai jika dokumen minit mesyuarat JAC bocor disahkan sahih - Fahmi

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
13/07/2025
05:10 MYT
Akta Rahsia Rasmi terpakai jika dokumen minit mesyuarat JAC bocor disahkan sahih - Fahmi
Fahmi erkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan kebocoran minit mesyuarat JAC yang tular sejak semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan bahawa mana-mana dokumen kerajaan yang diklasifikasikan sebagai rahsia, termasuk minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang didakwa bocor, adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) sekiranya dokumen itu sahih.

Ringkasan AI
  • Dokumen Rahsia Tertakluk kepada OSA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa jika minit mesyuarat JAC yang tersebar itu sahih dan diklasifikasikan sebagai rahsia, ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan penyebarannya adalah satu kesalahan.
  • Laporan Polis dan Siasatan PDRM: Laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan kebocoran tersebut, dan siasatan lanjut diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia. Kes ini turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Kesahihan Dokumen Belum Disahkan: Fahmi belum dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang tersebar dan mengingatkan media serta orang awam agar berhati-hati dalam menyebarkan dokumen yang berstatus sulit.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan kebocoran minit mesyuarat JAC yang tular sejak semalam dan perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Jika dokumen itu sahih dan berstatus rahsia, ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Jadi kita perlu berwaspada.
"Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat. Buat masa ini, saya tidak boleh sahkan sama ada dokumen yang tersebar itu sahih ataupun tidak.
“Biasanya Perdana Menteri amat maklum tentang sebarang isu mendesak jadi ada kemungkinan ia akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet (akan datang),” katanya ketika sidang media Majlis Perasmian IPRM AI Festival 2025, Global PR AI Strategic Communication Insights, di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa penyebaran dokumen seumpama itu adalah satu kesalahan sekiranya ia benar-benar diklasifikasikan sebagai rahsia.
Katanya lagi, siasatan lanjut akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan beliau masih belum menerima maklumat lanjut berhubung kes itu setakat ini.
Sebelum ini, media melaporkan,satu petikan minit mesyuarat JAC yang didakwa dari bulan Mei telah tersebar di media sosial.
Minit tersebut yang merupakan dokumen sulit, dilaporkan mengandungi dakwaan yang serupa dengan laporan polis yang dibocorkan sebelum ini dan dibuat bagi pihak seorang hakim kanan pada bulan Jun.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Polis Diraja Malaysia
#minit mesyuarat JAC
#Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan