Pereka grafik sambilan dan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya, Februari lepas.
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 39, didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook 'Fahmi Reza' di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 8 Feb lepas.
Pautan itu kemudian didakwa telah dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di sini, pada 2.40 petang, 8 Feb lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketua Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Peguam S.Malissa yang mewakili Mohd Fahmi Reza pula memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan ia terlalu berat serta pelu mengambil kira pendapatan anak guamnya sebanyak RM2,000 sebulan.
Malissa berkata anak guamnya yang kini mengajar di Thailand juga telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan SKMM apabila diminta untuk pulang ke Malaysia dan hadir di mahkamah.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.
BACA: Aktivis Fahmi Reza dibebaskan selepas ditahan pada Sabtu
BACA: Aktivis Fahmi Reza ditahan polis
BACA: Aktivis Fahmi Reza mengaku tidak bersalah siar imej perdana menteri yang disunting
Pada Isnin lepas, Mohd Fahmi Reza juga didakwa memuat naik gambar palsu perdana menteri bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Instagramnya, Januari lepas.
Bernama
Fri Jun 10 2016
Pada Isnin lepas, Mohd Fahmi Reza juga didakwa memuat naik gambar palsu perdana menteri bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Instagramnya, Januari lepas. - Gambar fail
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Aktivis Fahmi Reza didakwa muat naik gambar aib Perdana Menteri
Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain dalam akaun FB.