KUALA TERENGGANU: Bermula hari ini, semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Osman Muda.
Beliau berkata kebenaran itu diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin serta pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berhubung situasi semasa COVID-19 di negeri itu.
"Sultan Mizan telah menzahirkan kesyukuran atas perkembangan semasa dengan pengurangan kes positif COVID-19 di Terengganu dan penularan wabak dalam komuniti berada dalam situasi terkawal.
"Namun, baginda berharap semua pihak akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan kerajaan semasa melaksanakan semua aktiviti yang telah diberi kebenaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain aktiviti pengajian dan kelas agama, majlis akad nikah di masjid dan surau juga turut dibenarkan dengan kapasiti tidak melebihi 20 orang. Malah, penggunaan ruang dewan solat utama dan kawasan masjid bagi aktiviti solat Jumaat juga adalah dibenarkan.
"Semua madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang berada di bawah kawalan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pula akan dibenarkan beroperasi mulai 8 Mac depan," katanya.
Bagaimanapun, mana-mana masjid, surau dan pusat pengajian yang dikenakan arahan penutupan di bawah seksyen 18 (Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342) adalah tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa aktiviti sepanjang tempoh penutupan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Bermula hari ini, semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu dibenarkan. - Bernama

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.

Sultan Terengganu berkenan terima menghadap PM Anwar
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu.

Sultan Mizan rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Perasmian itu adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Keputeraan baginda.

'Saya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA' - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang beliau menghadiri mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Azizulhasni jadikan gelaran 'Datuk' motivasi bawa pulang pingat emas pertama
Semangat Azizulhasni semakin membara untuk mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo.

Tokyo 2020: Azizulhasni kian berkobar-kobar selepas terima gelaran Datuk
Atlet kelahiran Dungun berusia 33 tahun itu memberi jaminan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo yang bermula Jumaat ini tetap menjadi keutamaannya.

Gelaran 'Datuk' diharap bakar semangat Azizulhasni - Reezal
Azizulhasni adalah antara enam individu yang dikurniakan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Azizulhasni, lima doktor dikurnia gelaran Datuk
Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan lima doktor termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.).

PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.