awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alat ganti motosikal diletupkan, bungkusan tertera ancaman bom

Bernama
Bernama
09/08/2019
07:20 MYT
Alat ganti motosikal diletupkan, bungkusan tertera ancaman bom
Kotak itu diletupkan demi keselamatan kerana tulisan di luar kotak itu tertera perkataan "Jangan Campak!! Ada bom di dalam".
Kotak yang pada mulanya dipercayai mengandungi bom, telah diletupkan oleh polis di kargo Lapangan Terbang Miri malam semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata kotak itu diletupkan demi keselamatan kerana tulisan di luar kotak itu tertera perkataan "Jangan Campak!! Ada bom di dalam".
Lim berkata polis dimaklumkan mengenai ancaman bom itu selepas menerima maklumat daripada anggota polis bantuan Lapangan Terbang Miri pada 9.20 malam tadi.
"Siasatan mendapati kotak tersebut tiba di Lapangan Terbang Miri dari Kuala Lumpur pada 7.23 malam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini sambil memyatakan Unit Bom, Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri telah dikerah ke lokasi kejadian.
Katanya setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, kandungan di dalam kotak tersebut hanya alat gantian motosikal sahaja.
Beliau memberi amaran kepada orang awam supaya jangan menulis perkataan berunsur ugutan semasa menghantar bungkusan kerana ia satu kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta mahu syarikat penerbangan meningkatkan tahap keselamatan dengan memeriksa bungkusan yang dihantar terutama tulisan di luar bungkusan.
Topic Berkaitan
#ACP Lim Meng Seah
#ancaman bom
#Lapangan Terbang Miri
#Polis letupkan kotak ditulis ancaman bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan