awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik melalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT

Bernama
Bernama
30/12/2025
22:15 MYT
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik melalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
Inisiatif baharu itu akan membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pengembara yang keluar dari Malaysia akan disatukan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) mulai 1 Jan ini.
Ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas pemeriksaan Imigresen dan susun atur itu berpotensi menyebabkan kesesakan pada waktu puncak perjalanan.
Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Selasa memaklumkan, inisiatif baharu itu akan membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.
"Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara MOT, JKDM, Malaysia Airports Holdings Bhd dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.
"Langkah ini tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam, sebaliknya pemeriksaan penumpang dan barangan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi dan pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama," menurut MOT dalam kenyataan.
MOT memaklumkan, penambahbaikan itu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang, mempercepat proses menaiki pesawat serta memastikan operasi KLIA T1 berjalan dengan lebih cekap, selamat dan tersusun selaras dengan amalan terbaik lapangan terbang antarabangsa.
"Bagaimanapun, sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang akan tetap dikenakan tindakan tegas," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#pelepasan kastam
#aliran penumpang
#Kementerian Pengangkutan
#KLIA Terminal 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami