awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran penumpang MAHB meningkat 5.1 peratus pada Februari

Bernama
Bernama
11/03/2019
21:24 MYT
Aliran penumpang MAHB meningkat 5.1 peratus pada Februari
MAHB berkata pertumbuhan aliran penumpang domestik sebahagian besarnya disumbangkan semasa perayaan Tahun Baharu Cina dan berbetulan dengan cuti sekolah selama seminggu. - Foto fail
Rangkaian lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SGIA), Turki melaporkan pertumbuhan aliran trafik sebanyak 5.1 peratus kepada 10.6 juta penumpang pada Februari 2019 berbanding 10.1 juta penumpang bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Pertumbuhan itu membabitkan aliran 8.14 juta penumpang di lapangan terbang domestik dan 2.49 juta penumpang di SGIA Istanbul.
MAHB berkata pertumbuhan aliran penumpang domestik sebahagian besarnya disumbangkan semasa perayaan Tahun Baharu Cina dan berbetulan dengan cuti sekolah selama seminggu.
"Aliran pesawat domestik pula mencatatkan peningkatan 13.9 peratus sepanjang tempoh cuti itu," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
MAHB berkata sektor antarabangsa mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus dengan aliran 5.1 juta penumpang pada Februari 2019 manakala sektor domestik berkembang 5.3 peratus dengan aliran 5.5 juta penumpang.
Katanya pertumbuhan aliran penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat 2.9 peratus kepada 4.8 juta pada Februari manakala 3.5 juta dicatatkan bagi sektor antarabangsa dan 1.3 juta bagi sektor domestik.
Sementara itu, Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) menyaksikan pertumbuhan 9.1 peratus tahun ke tahun kepada 3.3 juta aliran penumpang berbanding 3.1 juta aliran penumpang pada Februari 2018.
"Alian trafik penumpang di SGIA berkembang 4.4 peratus kepada 2.49 juta penumpang.
"Bagi asas 12 bulan, keseluruhan rangkaian lapangan terbang MAHB berkembang 3.6 peratus dengan 134 juta aliran penumpang, yang tertinggi setakat ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#KLIA
#lapangan terbang
#MAHB
#MASB
#penerbangan
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan