Peguam keluarga anggota bomba dan penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor kini sudah boleh menarik nafas lega setelah perjuangannya selama hampir setengah tahun menemui titik noktahnya pada Jumaat lalu.
Katanya, keputusan Mahkamah Koroner benar-benar membebaskan lelah dan bebanan yang ditanggungnya selama ini setelah pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhinya sepanjang pembabitannya dalam memperjuangkan kes Allahyarham Adib.
"Alhamdulillah saya sudah boleh menghela nafas lega.
"Bagi saya Allahlah yang menggerakkan hati semua dalam membantu dan memudahkan kami dalam berhadapan dengan kes Allahyarham Adib ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Sinar Live di ibu pejabat Sinar Harian di sini hari ini.
BACA: "Saya masih terkilan terhadap Peguam Negara" - Syazlin Mansor
Sementara menyentuh mengenai perasaan hibanya ketika keputusan mahkamah berkenaan diumumkan, katanya beliau memang berasa sangat sebak ketika itu.
"Kalau ikutkan sebagai seorang peguam sepatutnya kita tidak merasakan apa-apalah.
"Apa-apa keputusan sama ada memihak atau tidak memihak, sepatutnya kita terima, sebab itu adalah keputusan mahkamah, terima dengan reda.
"Tetapi pada saat itu, saya tak dapat lari daripada perasaan sebak. Untuk kes ini sahaja, banyak rintangan yang telah dilalui, begitu susah payah.
"Bila dapat keputusan itu, rasa sangat-sangat bersyukur, memang rasa, Alhamdulillah akhirnya keadilan untuk arwah dan keluarga," katanya lagi.
BACA: Inkues Adib: Ibu dan bapa Allahyarham menangis, sujud syukur
Katanya, beliau terpanggil untuk membantu keluarga Adib kerana merasakan 'mereka perlu dibantu'.
"Sebenarnya saya tak rasa saya seorang wira. Saya rasa ini tanggungjawab. Saya rasa tak ada lagi sumbangan yang boleh saya berikan kepada arwah.
"Ini kemahiran saya dan saya gunakan kemahiran dengan ilmu undang-undang yang saya ada ini untuk membantu arwah. Tapi saya tak tahu kenapa saya terpanggil untuk membantu," katanya.
Katanya, pertolongan yang diberikan beliau kepada keluarga Adib selama ini adalah percuma.
"Memang percuma. Saya tidak hantar bil kepada keluarganya dan pihak berkaitan," katanya.
BACA: Kes Adib: 12 individu mungkin dipanggil semula
Kematian Allahyarham akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.
Mahkamah Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusannya selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.
Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).
Sinar Harian
Wed Oct 02 2019

Syazlin (kiri) ketika Sinar Live di ibu pejabat Sinar Harian di sini hari ini. - Foto Sinar Harian

21 ditahan terlibat skim penipuan Likeshare, Zan Zan Lee, Isharefans dan E-Currency Investment Bitcoin
Ahli sindiket akan memulakan iklan tawaran pelaburan melalui platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Parti politik tidak boleh fail saman fitnah terhadap individu
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan parti politik tidak boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu.

MKT UMNO sahkan tiada kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU-15
Ahmad Maslan sahkan Tan Sri Muhyiddin mahu ketahui pendirian UMNO dengan jelas mengenai kerjasama dengan Bersatu.

Aktiviti pengimarahan masjid, surau di P. Pinang dibenarkan sepanjang PKPB
JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB.

Polis terima dua laporan penipuan penjualan vaksin COVID-19
Terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.

Rasuah | Syarat ICU punca ahli politik tubuh NGO sendiri
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menjelaskan, penubuhan NGO oleh ahli politik kerana syarat pembayaran peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) hanya kepada badan berkenaan dalam setiap program yang dianjurkan.
![[TERKINI] Tiada kerjasama UMNO dan BERSATU menjelang PRU-15 [TERKINI] Tiada kerjasama UMNO dan BERSATU menjelang PRU-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893661/24668263691614846246452_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada kerjasama UMNO dan BERSATU menjelang PRU-15
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan kenyataan tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjelang PRU-15 adalah susulan permintaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta UMNO membuat pendirian berhubung kedudukan kerjasama membabitkan kedua-dua parti.

Rasuah | Perlu badan bebas perhati NGO ahli politik
Sebuah badan bebas perlu diwujudkan untuk memantau mana-mana ahli politik yang menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan amal, kata Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican.

Sindiket | Geng 'Datuk' palsu tumpas
Untuk kali pertama akta kesalahan yang berhubungan dengan anugerah 2017, digunakan membabitkan dari negara jiran. Ia selepas polis menumpaskan kumpulan menggunakan gelaran datuk, untuk tujuan perniagaan, penipuan dan pengaruh. Tiga individu ditahan, termasuk pasangan suami isteri.

Majlis Presiden PH adakan pertemuan dengan Azhar Azizan, bincang keperluan sidang Parlimen - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu adalah selaras dengan kenyataan media Istana Negara yang membenarkan sidang Parlimen dalam tempoh darurat.

'Allah gerakkan hati semua bantu kes Adib'
Keputusan Mahkamah Koroner benar-benar membebaskan lelah dan bebanan yang ditanggungnya selama ini setelah pelbagai rintangan ditempuhi sepanjang pembabitannya memperjuangkan kes Allahyarham Adib.