awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarham Hasbullah Awang selamat disemadikan

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2015
12:23 MYT
Allahyarham Hasbullah Awang selamat disemadikan
Solat jenazah telah diimamkan sendiri oleh sahabat Allahyarham yang juga merupakan seorang pengulas sukan, Zainal Abidin Rauf (baju putih). - Foto Astro AWANI
Pengulas sukan terkenal negara, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning pada jam 6.10 petang tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung tengah hari tadi.
Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Himmatul Aliyah Seksyen 23 Shah Alam pada jam 4.50 petang untuk disempurnakan.
Solat jenazah telah diimamkan sendiri oleh sahabat Allahyarham yang juga merupakan seorang pengulas sukan, Zainal Abidin Rauf.
Hasbullah Awang
Hasbullah Awang
Jasad Allahyarham dibawa masuk ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning siang tadi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Jenazah Allahyarham Hasbullah Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning 6.10pm td @501Awani pic.twitter.com/JNn18qoYEy
— HakimRahman (@abdhakimrahman) February 12, 2015
Solat jenazah diimamkan sendiri oleh sahabat dan rakan sekerja arwah, Zainal Abidin Raub @501Awani pic.twitter.com/Z7O1n71vXC
— HakimRahman (@abdhakimrahman) February 12, 2015
Jenazah Allahyarham Datuk Hazbullah Awang tiba di Masjid Himmatul Aliyah di Sek 23 Shah Alam jam 4.50pm @501Awani pic.twitter.com/qkrfhq4at9
— HakimRahman (@abdhakimrahman) February 12, 2015
Ini mesej terakhir arwah kepada rakan2nya di Astro ARENA sebelum kembali ke rahmatullah al-fatihah @501Awani pic.twitter.com/WWraRidkn0
— HakimRahman (@abdhakimrahman) February 12, 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pemergian ke ramahtullah Hasbullah sebagai satu kehilangan besar buat peminat sukan negara.
Baru dimaklum Dtk Hasbullah Awang tlh pulang ke Rahmatullah. Selalu dgr ulasan Allahyarham. Kehilangan besar kpd peminat sukan. Al Fatihah
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 12, 2015
Manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan pengulas yang berbakat seperti Allahyarham, sukar dicari ganti.
Tengku Abdullah yang ditemui menzahirkan rasa sedih dan berharap legasi pengulas sukan tersohor itu akan menjadi ikutan pengulas muda ketika ini.
Begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang dalam twit terbarunya turut meluahkan rasa sedih ke atas pemergian Allahyarham yang dianggapnya sebagai 'Suara Sukan Malaysia'.
Generations will remember Datuk Hasbullah Awang's voice. Memories of Malaysia's sporting triumphs & failures intertwined with his commentary
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015
Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015
Pengulas veteran itu meninggalkan isteri Datin Hazida Alang Ahmad, 58, selain empat anak serta tujuh cucu.
Topic Berkaitan
#Astro Arena
#belasungkawa
#hasbullah awang
#pengulas sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan