Amal by Malaysia Airlines, perkhidmatan sewa khas syarikat penerbangan kebangsaan itu yang dikhususkan untuk jemaah haji dan umrah, menjadualkan semula penerbangan dua kali seharinya ketika ini antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Jeddah (JED) dan Madinah (MED) untuk membawa pulang penumpangnya yang sudah berada di Arab Saudi.
Malaysia Airlines dalam kenyataan kepada Bernama pada Sabtu berkata, 10 penerbangan akan dilakukan dalam tempoh 10 hari akan datang untuk tujuan itu.
"Keutamaan kami pada ketika ini adalah untuk membawa penumpang kami yang sudah berada di Arab Saudi pulang ke sisi keluarga mereka," katanya.
Disebabkan penjadualan semula penerbangan itu, Malaysia Airlines berkata sesetengah penumpang mungkin perlu berlepas daripada bandaraya berbeza atau mungkin mengalami kelewatan penerbangan.
"Penumpang yang terjejas bagaimanapun akan disediakan penginapan di hotel, makanan dan pengangkutan antara JED dan MED atau sebaliknya, sekiranya perlu," katanya.
BACA: Lebih 100 jemaah umrah Malaysia, Indonesia terkandas di KLIA
Awal Sabtu, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah berkata semua penerbangan pulang jemaah umrah Malaysia dari Jeddah dan Madinah di Arab Saudi berjalan seperti biasa.
Konsulat itu, melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, berkata penerbangan berkenaan termasuk kendalian syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia.
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak COVID-19, menurut Kementerian Luarnya pada Rabu.
Saudi Press Agency (SPA) melaporkan kerajaan negara itu turut menggantung sementara kemasukan pelawat yang memiliki visa pelancong dari negara yang terjejas akibat COVID-19 berdasarkan kriteria ditetapkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020
Seorang jemaah umrah melelapkan mata sebelum kembali ke Kedah selepas terkandas di KLIA 27 Feb lalu berikutan keputusan Kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah susulan penularan COVID-19. --fotoBERNAMA/Fail
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Amal by Malaysia Airlines jadual semula penerbangan penumpang di Arab Saudi
Disebabkan penjadualan semula penerbangan Amal by Malaysia Airlines itu, sesetengah penumpang mungkin perlu berlepas daripada bandaraya berbeza atau mungkin mengalami kelewatan penerbangan.