KUALA LUMPUR: Amalan perubatan perlu kekal berlandaskan budaya walaupun perkembangan pesat penemuan perubatan terkini dan pembangunan terapi serta intervensi inovatif, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) dalam titah diraja sempena Persidangan Pendidikan Perubatan Asia Pasifik (APMEC) 2022 yang diadakan secara maya hari ini, bertitah pengamal perubatan profesional dan penjagaan kesihatan perlu sentiasa peka bahawa setiap pesakit yang mereka rawat adalah sebahagian daripada komuniti.
"Malaysia yang kaya dengan sejarah dan masih berpegang kuat kepada budaya, terutama dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, dapat mengamalkan tradisi dan kepercayaan mereka bersama jiran tetangga.
"Semangat ini telah diterjemahkan kepada komuniti pendidikan perubatan Malaysia, iaitu penghormatan dan kepercayaan kepada individu melebihi segala-galanya, diutamakan," titah baginda pada persidangan itu yang bertemakan Our Heritage, Our Strength: Future Proofing Healthcare Professionals.
APMEC 2022 diadakan dari 12-16 Januari anjuran bersama UM dan National University of Singapore (NUS).
Sultan Nazrin bertitah pandemik COVID-19 telah menyerlahkan sejauh mana budaya dan tingkah laku boleh mempengaruhi hasil perubatan dan pengamal perubatan mesti belajar daripada pengalaman berbeza ini.
"Walaupun virus COVID-19 telah menyebabkan kematian dan kemusnahan di seluruh dunia, kesannya juga sangat berbeza. Ini dapat dilihat antara negara yang berbeza, dalam kalangan populasi dan sebahagiannya oleh faktor budaya dan tingkah laku," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah memandangkan sebahagian besar tugas pendidik perubatan terletak pada perkembangan pengamal perubatan dan profesional kesihatan generasi akan datang, adalah perlu untuk mempertimbangkan nilai-nilai murni yang telah melampaui zaman ketika mereka melihat ke masa depan.
Baginda bertitah pendidikan perubatan telah berkembang dengan pesat daripada program berpusatkan tenaga pengajar dan berfokuskan kandungan pada masa lalu, ke arah pendekatan yang mengutamakan perkembangan pengamal perubatan yang empati serta mahir.
Sultan Nazrin bertitah ia dapat diperluaskan untuk memupuk sifat-sifat seperti kebolehsesuaian dan daya tahan dan dengan berbuat sedemikian, penyedia pendidikan perubatan dapat membantu memastikan semua pesakit dirawat dengan penuh hormat dan bermaruah serta menawarkan penjagaan kesihatan yang paling sesuai dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Sultan Nazrin bertitah, pandemik COVID-19 telah menyerlahkan sejauh mana budaya dan tingkah laku boleh mempengaruhi hasil perubatan dan pengamal perubatan mesti belajar daripada pengalaman berbeza ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Thailand cadang haram ganja untuk kegunaan rekreasi
Kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.
Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.
Hospital Tung Shin terus berpegang teguh pada visi membantu komuniti setempat
Hari ini, Tung Shin telah berkembang menjadi kemudahan penjagaan kesihatan tertiari akut yang komprehensif.
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
PM baharu Thailand tegaskan tidak sokong penggunaan rekreasi kanabis
Industri kanabis Thailand dianggar bernilai AS$1.2 bilion menjelang beberapa tahun akan datang.
Mesir galak industri pelancongan perubatan manfaat sumber semula jadi
Mesir kini menarik kunjungan ramai pelancong yang bukan sahaja melancong untuk memenuhi masa lapang tetapi juga bagi tujuan perubatan.
Penglibatan pegawai, anggota tentera di Turkiye harumkan nama Malaysia - Mohamad
Penglibatan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dalam Misi Operasi Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye pada Februari lepas telah mengharumkan nama Malays
Halalkan kanabis perubatan? Sabar dulu - Anwar Ibrahim
Ambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.
Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).
Gagal dapatkan rawatan awal, hanya 70-80 peratus pesakit mental pulih
Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.