KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.
Menurut MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, keadaan itu diramal berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Kota Bharu, Bachok Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus serta Kuala Terengganu.
Kenyataan itu turut memberitahu angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim telah mengarahkan anggotanya supaya bekerjasama dengan penduduk setempat yang memiliki bot persendirian untuk membantu mengurus proses pemindahan mangsa banjir.
Beliau berkata langkah ini perlu dilakukan memandangkan mereka (pengendali bot) lebih arif dan mengetahui mengenai kawasan berkenaan.
"Kita perlu orang yang ada pengetahuan kawasan setempat sebab sekiranya banjir berlaku pasukan bantuan seperti polis dan bomba tidak mengetahui sangat mengenai keadaan kawasan tersebut, jadi apabila ada mereka ini ia lebih memudahkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.
"Oleh itu, saya telah beri arahan kepada Ketua Polis Daerah supaya penduduk-penduduk kampung yang ada bot ini tampil untuk berdaftar dengan pihak polis, " katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan kerja dan tinjauan sempadan Malaysia-Thailand Op Benteng di Sungai Golok, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Mengulas mengenai persiapan banjir di Kelantan, Mazlan berkata setakat ini kekuatan pegawai dan anggota serta aset yang dimiliki untuk berdepan dengan bencana banjir di negeri itu adalah mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. - Gambar hiasan/ Bernama
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 6 negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 5 petang Rabu.
Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir
Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Peralihan monsun: Orang ramai dinasihat peka perubahan cuaca
Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia susulan peralihan monsun.
Jeli, Gua Musang, Temerloh dilanda gelombang haba - MetMalaysia
Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Ramalan awal MetMalaysia: Hujan lebat menjelang Aidilfitri
MetMalaysia meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di sesetengah negeri di Malaysia menjelang Aidilfitri nanti.
Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 29 Mac ini - MetMalaysia
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini di kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.
Cuaca panas, kering dijangka berkurang awal April
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka mula berkurangan pada awal April.