awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2025
06:40 MYT
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri
Amaran dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari itu melibatkan Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor dan Sarawak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri bermula Ahad.
Ketua Pengarahnya, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, amaran dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari itu melibatkan Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor dan Sarawak.
Katanya, di Terengganu, amaran itu melibatkan seluruh negeri selain beberapa daerah di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Menurutnya, di Pahang kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.
Beliau berkata, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song).
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#Amaran Cuaca
#monsun timur laut
#banjir2025
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan