Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak hingga 6 petang

51753074284_RIBUTPETIR.jpg
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.45 petang, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) serta Sandakan (Telupid).

Advertisement

Keadaan sama diramalkan berlaku di Sarawak, iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video