awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Amat teruk... Kes COVID-19 di ICU meningkat 94 peratus di Lembah Klang' - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
19/05/2021
15:20 MYT
'Amat teruk... Kes COVID-19 di ICU meningkat 94 peratus di Lembah Klang' - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata situasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini amat teruk. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk kes yang disyaki atau kemungkinan dijangkiti di Lembah Klang telah meningkat sebanyak 94 peratus berbanding dua minggu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam catatan di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata situasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini amat teruk dengan 79 peratus katil ICU di hospital COVID-19 di negeri berkenaan telah digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.
"Hospital COVID-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19, melalui pengubahan semula wad biasa. Bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan COVID untuk mendapatkan rawatan kritikal yang betul.
"Sistem penjagaan kesihatan di Lembah Klang berada kini berada dalam tekanan yang luar biasa. Petugas barisan hadapan sudah lesu dan kepenatan. Tolonglah kami agar kami masih dapat menolong anda apabila bila tiba masa dan waktunya," katanya.
Beliau juga menggesa orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kekal berada di rumah jika tiada urusan penting di luar.
Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes COVID-19 harian tertinggi iaitu 6,075 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP
#ICU
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#peningkatan
#94 peratus
#Lembah Klang
#membimbangkan
#Selangor
#Kuala Lumpur
#amat teruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan