awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil inspirasi semangat kesyukuran dan perpaduan Tadau Kaamatan - Menteri Perpaduan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/05/2021
03:44 MYT
Ambil inspirasi semangat kesyukuran dan perpaduan Tadau Kaamatan - Menteri Perpaduan
Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique menyeru orang ramai untuk mengambil inspirasi daripada semangat kesyukuran dan perpaduan yang disampaikan menerusi perayaan ini.
KUALA LUMPUR: Walaupun sambutan perayaan Tadau Kaamatan tidak dapat diraikan semeriah tahun-tahun sebelum ini demi menjaga keselamatan dalam mengekang COVID-19, Menteri Perpaduan, Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique menyeru orang ramai untuk mengambil inspirasi daripada semangat kesyukuran dan perpaduan yang disampaikan menerusi perayaan itu.
"Perayaan Tadau Kaamatan yang diraikan oleh masyarakat Kadazan Dusun dan Murut atas kesyukuran musim menuai menghidupkan semangat setiakawan dan perpaduan.
"Tradisi perayaan ini memberi peluang untuk mengeratkan tali persaudaraan antara kaum tanpa mengira latar belakang yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan perayaan, sekali gus mencerminkan kekuatan bangsa yang unik.
"Bagi mereka yang akur mengikut SOP dan berjauhan dari kampung halaman, sama-sama kita berpegang kepada kekuatan ini dikala kita memerangi COVID-19 bersama.
"Semoga perayaan kali ini membawa keberkatan dan keharmonian.
"Kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Kota Tinggi
#perpaduan
#Malaysia
#COVID-19
#Tadau Keamatan
#Halimah Mohamed Sadique
#Dusun
#Murut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan