awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Bayi, warga emas antara mangsa dipindahkan ke PPS
Bomba akan guna helikopter padam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMM-58 jadi platform terbaharu Malaysia perjuangkan suara Palestin

Luqman Hariz
Luqman Hariz
11/07/2025
13:30 MYT
AMM-58 jadi platform terbaharu Malaysia perjuangkan suara Palestin
Mohamad bagaimanapun berkata, CEAPAD tidak lagi boleh beroperasi seperti biasa, dan perlu menumpukan usaha kepada koordinasi dasar kebangsaan bagi memastikan Palestin mendapatkan sokongan dan bantuan yang sewajarnya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi menggesa komuniti ASEAN dan antarabangsa untuk berganding bahu bagi menambah baik situasi di Palestin dan memerangi kekejaman Israel.
Gesaan itu disuarakan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur Untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) Keempat, yang diadakan di sisi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di sini hari ini.
“Dasar aparteid Israel yang telah dibenarkan berterusan oleh komuniti antarabangsa adalah satu genosid sistematik terhadap rakyat Palestin,” katanya.
Justeru tegasnya, Israel perlu dipaksa menamatkan perang di Gaza, dengan rejim Zionis perlu mengambil tanggungjawab penuh atas krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
“Kita mesti menuntut gencatan senjata kekal dan tanpa syarat serta-merta. Bantuan kemanusiaan mesti dibenarkan masuk dalam kuantiti yang besar.
“Malaysia akan terus menyokong mandat UNRWA dan kami akan menggesa semua negara meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, terutamanya di Gaza,” katanya.
Ditubuhkan pada 2013, CEAPAD dianggotai oleh negara Asia Timur termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam.
Ia bertujuan menyediakan platform untuk menyokong usaha pembangunan ekonomi dan kapasiti institusi Palestin, membantu mencapai penyelesaian dua negara, serta memberi sokongan politik, ekonomi, dan teknikal untuk mempersiapkan rakyat Palestin membina negara mereka sendiri.
Mohamad bagaimanapun berkata, CEAPAD tidak lagi boleh beroperasi seperti biasa, dan perlu menumpukan usaha kepada koordinasi dasar kebangsaan bagi memastikan Palestin mendapatkan sokongan dan bantuan yang sewajarnya.
“Kita perlu memperkukuhkan CEAPAD supaya ia dapat bertindak dengan berkesan dan pantas terhadap keperluan rakyat Palestin. Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan CEAPAD tidak berkesan.
“Kami mengharapkan sokongan dan komitmen anda yang tidak berbelah bahagi untuk perjuangan Palestin, terutamanya dalam bentuk bantuan dan pembinaan negara yang sepadan dengan situasi serius teruk di lapangan sekarang ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#gencatan senjata
#UNRWA
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan