Gara-gara lambat menyediakan makanan dan enggan memberikan wang, seorang anak tergamak membelasah ibunya di rumah mereka di Kampung Pengkalan Bogor, Kepala Batas Pulau Pinang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, suspek berusia 35 tahun turut memukul adik lelakinya yang ketika itu cuba menghalang suspek daripada terus memukul ibu mereka yang berusia 65 tahun.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan suspek menggunakan penyapu dan memukul kepala serta badan ibunya sebelum membaling kerusi plastik ke arah adiknya yang berusia 18 taun.
Tambah Noorzainy, hasil pemeriksaan doktor di Hospital Kepala Batas mendapati ibu suspek mengalami benjol di kepala, lebam dan cedera belakang badan manakala adiknya yang berusia 18 tahun calar di tangan kiri.
"Susulan kejadian itu, ibu suspek membuat laporan polis di atas tindakan anak kandung kelimanya," katanya.
Noorzainy berkata, lelaki itu berjaya ditangkap dan siasatan mendapati suspek sebelum ini kerap mengamuk terutama apabila gagal mendapat wang dipercayai untuk membeli dadah.
Pemeriksaan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau kerana kesalahan dadah.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 12 2018

Suspek berusia 35 tahun turut memukul adik lelakinya yang ketika itu cuba menghalang suspek daripada terus memukul ibu mereka yang berusia 65 tahun. - Foto ehsan PDRM

AWANI Ringkas: COVID-19 | Kes jangkitan dan kematian global meningkat

Niaga AWANI: Wanita dalam Sektor Kewangan, kepimpinan dan keterangkuman
Pada Julai 2020, laporan McKinsey Global Institute menjangka pekerja wanita lebih 1.8 kali terdedah kepada risiko dibuang kerja berbanding lelaki di tengah COVID-19. Dalam masa yang sama, wanita dilapor mewakili 39% pekerjaan global namun 54% dari segi jumlah dibuang pekerjaan akibat COVID-19. Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, Wanita dalam Kepimpinan, Mencapai Masa Depan yang Saksama dalam Dunia COVID-19 diangkat sebagai tema. Kita ingin membincangkan kesan pandemik COVID-19 kepada wanita dan bagaimana wanita dalam kepimpinan sektor kewangan boleh mengurangkan jurang ini bersama, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong, UOB Malaysia Ng Wei Wei.

Niaga AWANI: Bon AS | Bagaimana jangkaan minggu ini dan kesannya kepada pasaran?
Bagaimanakah hasil Bon 10 Tahun Amerika Syarikat pada minggu ini dan apakah kesannya kepada pasaran? Bagaimana ini akan pengaruhi nilai Ringgit berbanding matawang Dolar Amerika Syarikat? Ikuti temubual Rizal Zulkapli bersama Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes.

AWANI Pagi: Bangkit wanita inspirasi buat semua
Sempena Hari Wanita Sedunia, khas buat wanita M40 dan B40, ikuti perkongsian mengenai program webinar, Bangkit Wanita yang dibawakan oleh Mingguan Wanita dalam AWANI Pagi. #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANITA

Malaysia komited perkukuh kerjasama dengan negara Komanwel lain - Wisma Putra
Malaysia menyertai 53 negara Komanwel lain untuk meraikan ikatan bersama dan sumbangan Negara-Negara Komanwel ke arah mewujudkan persekitaran global yang harmoni.

Nur Hati Market dibangunkan untuk meneruskan kelangsungan hidup
Tidak terus mengharapkan bantuan, penghuni Rumah Perlindungan Nur Hati mengusahakan perniagaan dalam talian sebagai alternatif pendapatan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [8 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [8 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894184/17218729031615164286755_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [8 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan juga Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi 8 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Suhu di Bayan Lepas, George Town, KL, JB, Ipoh meningkat - Kajian 2. Perkembangan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Larangan burqa: Switzerland setuju larang tutup wajah
Keputusan rasmi sementara menunjukkan, langkah untuk meminda perlembagaan Switzerland diluluskan dengan margin 51.2 berbalas 48.8.

AWANI Ringkas: MH370 – Kerajaan sedia bincang pencarian semula

Penyakit autoimun bukan penghalang Dr Rebecca Wong jadi saintis terkemuka dunia
Biarpun akui kehidupan menjadi amat mencabar dengan penyakit tersebut, Dr Rebecca jauh sekali berfikir untuk berputus asa.

Seorang bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.
![[EKSKLUSIF] Ebit Lew akan beri hadiah kepada isteri setiap kali pulang dari misi [EKSKLUSIF] Ebit Lew akan beri hadiah kepada isteri setiap kali pulang dari misi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81614845049_EbitLiew.jpg)
[EKSKLUSIF] Ebit Lew akan beri hadiah kepada isteri setiap kali pulang dari misi
Pendakwah bebas, Ebit Lew bersyukur dikurniakan isteri dan anak-anak yang memahami dan sanggup berkorban demi kelancaran perjuangan dakwahnya.

'Pengasuh tinggal sekejap dalam besen untuk ambil tuala'
Walaupun sedih dengan kejadian itu, dia dan keluarganya tidak menyalahkan wanita yang juga pengasuh anaknya ke atas insiden yang berlaku.

Empat tahun bertapa, Ramayan muncul dengan Di Persiaran Cakrawala
Kekuatan album ini adalah pada sebuah konsep yang lengkap berpakej, dimana musiknya adalah selari dengan visual yang dilihat pada desain kulit album.

Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.

Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

Ibu hamil, susukan anak, rancang mengandung boleh ambil vaksin - Menteri Kesihatan
Golongan yang ada penyakit imuniti rendah juga dibenarkan untuk menerima vaksin, namun perlu memastikan keadaan mereka stabil sebelum disuntik.

Ibu kandung, kekasih didakwa bunuh anak berusia 4 tahun
Tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Tidak perlu surat rentas daerah, negeri hantar anak ke asrama - Ismail Sabri
Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.