awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak jumpa jasad bapa dalam keadaan tergantung di pokok getah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
22/02/2020
06:00 MYT
Anak jumpa jasad bapa dalam keadaan tergantung di pokok getah
Punca dan motif kejadian masih disiasat polis, selain mayat mangsa sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
Luluh hati seorang anak, apabila menjumpai mayat bapanya dalam keadaan tergantung di sebatang pokok getah dalam satu kejadian di Kampung Kulung-Kulung, Rimbaan, Kuala Penyu, Sabah.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, dalam penemuan jam 5.15 petang Jumaat itu, mangsa 44 tahun, ditemui oleh salah seorang anaknya sebelum bergegas memaklumkan kepada keluarga.
Beliau berkata, mangsa terdahulu dikatakan keluar dari rumah mereka untuk menghantar lima orang anak ke sekolah sebelum dilaporkan tidak muncul-muncul semula.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa difahamkan keluar rumah, pada 7 pagi untuk menghantar lima anaknya ke sekolah tetapi mangsa tidak datang menjemput anaknya yang keluar sekolah jam 11.30 pagi.
"Anak mangsa kemudiannya bertindak berjalan kaki ke pejabat bapanya di LIGS Pekan Kuala Penyu, tetapi mangsa dikatakan gagal dikesan sehingga jam 5 petang.
"Dia (anak) mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah mereka oleh rakan sekolah mangsa dan sebaik tiba di rumah, mangsa masih belum pulang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya pada Sabtu.
Mengulas lanjut, panik dengan situasi itu, isteri mangsa kemudian mengarahkan tiga anaknya mencari di sekitar kebun berhampiran rumah.
"Tidak berapa lama dalam usaha mencari itu, salah seorang anak mereka terlihat mayat bapanya sedang tergantung di batang pokok getah.
"Anak mangsa cuba memotong tali untuk menyelamatkan bapanya, tetapi mangsa sudah meninggal dunia sebelum mereka menghubungi polis," katanya.
Tambah beliau lagi, punca dan motif kejadian masih disiasat polis, selain mayat mangsa sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut.
Topic Berkaitan
#bapa mati tergantung
#jenayah
#kuala penyu
#PDRM
#polis
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan