awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang ialah betina

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2018
03:49 MYT
Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang ialah betina
Anak kedua pasangan panda ini yang dilahirkan dengan berat 150 gram membuktikan bahawa pengurusan konservasi panda gergasi di Malaysia diuruskan pada tahap terbaik. - Foto Fail/Astro AWANI
Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengumumkan jantina anak panda gergasi yang dilahirkan pada 14 Januari lalu ialah betina.
Katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu, berat anak panda gergasi itu ialah 190 gram.
"Bayi panda kini dalam keadaan sihat dan dijaga rapi oleh ibunya dengan bantuan pembantu di Zoo Negara.
"Kita harap bayi panda ini terus dalam keadaan sihat dan kita boleh melawatnya dalam masa terdekat," jelasnya lagi.
Bayi panda itu merupakan anak pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dilahirkan pada jam 7.50 pagi iaitu 89 hari selepas tarikh persenyawaan pasangan panda tersebut pada 18 Oktober 2017.
Kedua-dua ibu dan anak panda gergasi kini dikuarantinkan serta tidak dipamerkan kepada pengunjung sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#anak liang liang
#anak panda gergasi
#anak xing xing
#jantina anak panda zoo negara
#Panda
#Wan Junaidi
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan