TAMPIN: Sekumpulan anak tempatan daripada syarikat penyedia solusi robotik Ideasparq Robotics Sdn Bhd (Ideasparq Robotics) mencatat sejarah tersendiri, apabila berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama di negara ini untuk kegunaan di hospital di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Ideasparq Robotics Asyraf Abdul Rahman berkata kejayaan itu seiring dengan pembangunan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) apabila ia melibatkan 100 peratus tenaga kerja tempatan terdiri daripada 20 siswazah universiti dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, reka bentuk dan teknologi maklumat (IT).
"Kita telah bekerjasama dengan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital Medivest Sdn Bhd, iaitu membekalkan mereka dua hingga tiga unit robot pembersihan lantai di tiga hospital iaitu Hospital Tampin di sini, Hospital Jasin, Melaka dan Hospital Sultan Ismail di Johor.
"Matlamat kami adalah untuk memastikan proses pembersihan dan pencucian serta sanitasi di hospital dijalankan dengan selamat memandangkan robot ini bergerak secara automatik," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Tampin di sini, hari ini.
Menurutnya hasil penyelidikan mendapati kualiti pembersihan dengan menggunakan robot tersebut meningkat sebanyak 60 peratus berbanding proses pembersihan secara manual.
Asyraf berkata ciptaan tersebut juga bertepatan keperluan norma baharu terutama apabila negara menghadapi penularan COVID-19, dengan mewujudkan persekitaran yang selamat khususnya kepada pekerja pembersihan di hospital.
"Ia mengurangkan penglibatan pekerja, sekali gus risiko pendedahan terhadap penularan virus COVID-19 juga rendah apabila robot ini boleh menjalankan pembersihan lebih efisien di hospital, selain mudah dikendalikan menerusi teknologi dan perisian tersendiri.
"Sememangnya kita sudah ke arah IR 4.0 dan ia memberi nilai tambah kepada modal insan itu sendiri. Jika dahulu pekerja menggunakan tenaga sendiri untuk mencuci, kini taraf kemahiran mereka dipertingkatkan apabila mampu menguruskan dan menyelenggara robot tersebut," katanya.
Mengenai Ideasparq Robotics, Asyraf berkata syarikat tersebut merupakan antara penyumbang teknologi untuk inisiatif Teknologi Tinggi Sentuhan Rendah (High Technology Low Touch) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Dalam pada itu, jelas beliau selain di hospital, robot pembersihan lantai tersebut juga telah digunakan di Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh, Perak pada Nov 2020.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi Medivest Sdn Bhd Muhammad Firdaus Ishak berkata penghasilan robot tersebut dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, selain mampu menjimatkan sehingga 60 peratus bahan kimia yang digunakan untuk mencuci.
"Menerusi ujian penggunaan robot di hospital, kami dapati berlaku penjimatan 30 peratus tenaga pekerja, apabila sebuah robot boleh melakukan tugas bagi tiga orang pekerja dan kerja pembersihan dapat disiapkan dalam tempoh sejam," katanya sambil menambah robot berkenaan boleh beroperasi selama enam jam tanpa henti.
Muhammad Firdaus berkata penggunaan robot pembersih lantai itu akan diperluas ke hospital lain dengan sasaran 19 hospital menerusi fasa kedua sebelum akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Medivest Sdn Bhd Muhammad Firdaus Ishak (kanan) bertanya sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ideasparq Robotics Asyraf Abdul Rahman (kiri) mengenai penggunaan robot pembersih lantai. - Foto BERNAMA
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
PRK Kemaman: Anak tempatan jadi keutamaan calon UMNO
Barisan Nasional (BN) menerusi UMNO akan meletakkan anak kelahiran Kemaman, Terengganu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini.
STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Micron komited tambah pelaburan di Malaysia tingkatkan rantaian nilai semikonduktor - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob optimis lebih banyak syarikat asing akan terus melabur di Malaysia kerana iklim pelaburan yang masih dianggap antara terbaik di rantau ini.
PRN Johor: Fakrulradzi ingatkan calon BN, Endau bukan milik kayangan
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau adalah hak milik anak tempatan tegas, calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud.
Anak tempatan cipta robot pembersihan lantai pertama kegunaan hospital di Malaysia
Sekumpulan anak tempatan berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama untuk kegunaan di hospital di negara ini.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.
PRN Sabah: Anwar tidak pernah sebut calon PKR 'tidak semestinya berasal dari Sabah'
PKR hari ini menafikan beberapa laporan media tempatan yang menerbitkan berita kononnya calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak semestinya berasal dari Sabah.
PRN Sabah: MCA ketengahkan calon muda anak tempatan
MCA mempunyai calon berpendidikan serta berpengalaman terbaik dan pihaknya berharap dapat memuktamadkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi dalam masa terdekat.
PRK Tanjung Piai: Jangan letak calon bidan terjun
Beliau berkata, mana-mana parti bertanding perlu membuat persediaan dengan menampilkan calon yang sama berkaliber dengan penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik atau mungkin lebih lagi.