awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak tendang bapa kandung hingga patah tulang rusuk ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/08/2021
10:12 MYT
Anak tendang bapa kandung hingga patah tulang rusuk ditahan
Basri Sagoni berkata, suspek yang menconteng dinding rumah menggunakan pen penanda dipercayai berang selepas ditegur bapanya. - Gambar IPD Brickfields
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sanggup menendang bapa sendiri hingga patah rusuk selepas ditegur kerana menconteng dinding rumah.
Dalam kejadian 3 petang Rabu lalu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di sini, suspek yang menconteng dinding rumah menggunakan pen penanda dipercayai berang selepas ditegur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni berkata, suspek berusia 26 tahun bertindak di luar kawalan dengan menendang mangsa yang berusia 68 tahun.
Beliau memberitahu, mangsa yang mengalami sakit di bahagian badan dan leher melakukan pemeriksaan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada keesokan harinya ketika pulang ke rumah isterinya.
"Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan salah satu tulang rusuk kanan mangsa patah akibat hentakan kuat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut Basri memberitahu, bertindak atas laporan yang diterima daripada mangsa, polis menahan suspek di rumahnya, kira-kira pukul 9.20 malam, Khamis.
Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia tidak mempunyai rekod lampau.
"Ketika disoal siasat, suspek mengaku menendang perut bapanya kerana mahu mempertahankan dirinya daripada dipukul," ujarnya.
Beliau memberitahu, suspek yang tidak bekerja itu kini ditahan reman dua hari sehingga esok bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.
Topic Berkaitan
#tendang bapa kandung
#patah rusuk
#PPR Pantai Ria
#polis brickfields
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan