Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang didakwa merogol anak jirannya yang bawah umur, pada 2016 menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan itu.
Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu terhadap Mohd Azwan Abidin, 24 tahun, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Kamarudin berkata mahkamah telah mendengar dan meneliti semua keterangan saksi-saksi sepanjang perbicaraan dan justeru itu telah memutuskan agar tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.
Mendengar keputusan itu, Mohd Azwan yang memakai baju-T berwarna merah dan seluar jeans biru dilihat tersenyum kegembiraan.
Pada Januari 2016, tertuduh mengaku tidak bersalah merogol anak jirannya itu yang ketika kejadian berusia 16 tahun di lorong belakang sebuah rumah di Jalan Sekolah, Kampung Majidee di sini antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat.
Sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula awal tahun lepas.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafiuddin manakala tertuduh diwakili tiga peguam iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah, Ahmad Yusri Ahmad Fuad dan Mohd Safwan Saleh.
Bernama
Mon Aug 06 2018
Pada Januari 2016, tertuduh mengaku tidak bersalah merogol anak jirannya itu yang ketika kejadian berusia 16 tahun di lorong belakang sebuah rumah di Jalan Sekolah, Kampung Majidee antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.
Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang
Dalam kejadian itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.
Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.
APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.
APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024
Ia seiring kehendak kerajaan untuk merekrut penjawat awam sebagai anggota CDA-ERT bagi menjadi responden pertama mendepani sebarang bencana.
'King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap
Seekor ular tedung selar dengan berat 20 kilogram sedang 'berehat' sambil melepaskan dengusan yang kuat.